Assalamualaikum....kabare ......

SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG CIKGU ANAIZ

Saturday, June 5, 2010

Ekor Saman.......


PUTRAJAYA: Pemilik kenderaan yang didapati tidak menghiraukan arahan notis polis POL 170A atau lebih dikenali sebagai ‘saman ekor’ turut disenarai hitam sama seperti mereka yang tidak membayar kompaun kesalahan lalu lintas biasa, POL 257, yang ditandatangani ketika disaman, berkuat kuasa April lalu.
Kenderaan yang disenaraihitamkan itu juga menghadapi masalah untuk memperbaharui cukai jalan atau urusan lain dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
Ketua Trafik Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof, berkata polis mula menguatkuasakan sepenuhnya peraturan itu sejak April lalu selepas ia berlembut dalam isu ‘saman ekor’ sebelum ini.

Abdul Aziz berkata, peruntukan untuk menyenarai hitam kenderaan yang terbabit dengan pengeluaran saman ekor termaktub mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 sama seperti yang dilakukan terhadap mereka yang menerima saman biasa yang ditandatangani ketika dikeluarkan.

POL 170A yang juga dikenali sebagai saman ekor adalah notis yang dihantar polis kepada pemilik kenderaan yang dikesan melakukan kesalahan lalu lintas, mengarahkan pemilik kenderaan terbabit memberikan maklumat pemandu yang memandu kenderaan itu ketika kesalahan dilakukan.

Bagaimanapun, ramai pemandu mengingkari notis berkenaan menyebabkan tindakan senarai hitam terpaksa dilakukan.

Abdul Aziz berkata, tindakan itu dilakukan untuk mendisiplinkan pemandu di negara ini.
“Tidak ada sebab untuk sesiapa pun terkejut dengan tindakan undang-undang seperti itu kerana pematuhan kepada undang-undang adalah tanggungjawab semua,” katanya kepada Berita Harian, semalam.

Beliau berkata, berikutan penguatkuasaan sepenuhnya peraturan itu, mereka yang mempunyai saman atau saman ekor tertunggak perlu melunaskan kompaun untuk mengelakkan disenarai hitam dan menghadapi masalah untuk membayar cukai jalan atau lesen memandu pada masa depan.

Sementara itu, pegawai kanan JPJ berkata, polis mungkin terpaksa mengambil tindakan itu kerana ramai pemandu yang tidak mengendahkan notis yang diterima.

“Notis berkenaan memerlukan kerjasama pemandu supaya memberikan maklumat berkaitan pemandu kenderaannya ketika kesalahan dilakukan, jadi ia perlu dipandang serius,” katanya.


http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Kenderaaningkarsamanekordisenaraihitam/Article

0 comments:

Bersama Cikgu Anaiz © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute