Free Stuff at Blastup.com
Begitu cepat masa berlalu. Tanpa disedari sudah 14 tahun MPTAA aku tinggalkan. Sudah 14 tahun juga aku terpisah dengan rakan-rakan sekuliah. Apa khabar agaknya korang semua. Sejak MPTAA kita tinggalkan , kita jarang berhubung. Mungkin juga tidak salah kalau ku katakan ada antara kita terus terputus hubungan. Tidak terkecuali diriku juga. Selepas meninggalkan MPTAA, hanya beberapa rakan yang masih sudi bertanya khabar melalui telefon dan sms. Abuya, Rahim, Fuad, Rosdi, Ameran, Azmi, Adenan , Muin, Adnan, Ida Yusnita, Hasniza dan Mahani Mat Nor. Itulah antara rakan yang berjaya aku temui dan hubungi dengan telefon, sms , bertemu secara tidak sengaja dan kunjungan ke rumah. Rakan-rakan yang lain entah bersembunyi di mana. Apapun apa yang aku harapkan korang semua sihat sejahtera disamping suami/isteri dan anak-anak tercinta.
Kita masuk bab “REUNION”.
Sebenarnya usaha mengumpulkan warga KPA PM1 93-95 dimulakan oleh Fuad. Atas inisiatifnya, dia telah mengujudkan blog “Kenangan MPTAA” . Tujuannya cuma satu, mengumpulkan semula warga KPA PM1 menerusi alam maya. Aku puji usahanya. Aku sendiri tidak terfikir untuk melakukannya. Dalam zaman langit terbuka ini tiada lagi jarak yang memisahkan kita. Sempadan itu telah dirobohkan dengan adanya internet. Namun usaha itu menemui jalan buntu. Hanya beberapa orang sahaja yang memberi respon. So… Abuya mengilhamkan plan B. “Reunion”.
Korang ingat lagi akan Abuya ? Abuya @ Amad Sabri bin Kamaluddin ( satu-satunya sahabat yang pernah berkunjung ke pondok ku) juga kita gelarkan “chief” semasa di MPTAA. Pasti korang tidak akan lupa akannya. Untuk merealisasikan “reunion” Abuya bersama Fuad dan Rosdi telah mengadakan “mesyuarat” tergempar untuk menganjurkan “reunion” ini. Malangnya aku tidak dapat bersama dalam “mesyuarat” itu. Maklumlah aku agak “sibuk” huhuhu……(jauhla bro…. lain kali kita buat video conference jer gunakan Yahoo Mesengger ). Setelah mereka “bermesyuarat” di kediaman Abuya (dengarnya banglo mewah di atas bukit), maka ketetapan berikut telah diambil.
Perkara : Jom “REUNION” KPA PM1 1993-1995.
Lokasi : Kuala Lumpur (*akan ditetapkan kelak).
Tarikh : Pertengahan Disember 2009. (*akan ditetapkan kelak).
Bayaran : *Akan ditetapkan kelak.
Semua butiran dicatatkan (*akan ditetapkan kelak) kerana ia bergantung kepada respon penyertaan korang semua. Diharapkan korang sudi meluangkan sedikit masa untuk turut serta dalam program ini. Itupun kalau sudi . Tiada paksaan untuk ini semua. Kalau tak sudi tak mengapalah. Korang dah besar panjang, dah tuapun.. huhuhu... Akhirulkalam ,yang baik dari Allah SWT dan yang buruk itu adalah dari jin dan syaitan.
Wassalam.
Free Stuff at Blastup.com
Tuan-tuan dan puan-puan bekas warga KPA PM1 1993-1995 MPTAA Kuantan Pahang, sudilah apa kiranya melengkapkan borang survey di bawah ini. Kesudian tuan/puan meluangkan masa diucapkan ribuan terima kasih.
0 comments:
Post a Comment