Assalamualaikum....kabare ......

SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG CIKGU ANAIZ

Saturday, September 19, 2009

Dari jauh ku pohon maaf.


Setelah sebulan berpuasa , kita akan menyambut Aidil Fitri pula. InsyaAllah kita akan menyambutnya esok (Ahad) 20 September 2009.
Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan 'SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN' kepada semua muslimin dan muslihat dan khususnya buat sahabat-sahabat yang sudi singgah di blog ini. Mohon maaf di atas segala kesilapan dan keterlanjuran dan semoga kalian berbahagia di hari lebaran ini di samping insan-insan yang tersayang.
SELAMAT HARI RAYA


Wednesday, September 16, 2009

Sekolah Cuti Mulai Jumaat (18/9/2009) Sempena Aidil Fitri

Kerajaan memberikan cuti khas Jumaat ini kepada semua sekolah sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Keputusan itu diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga menteri pelajaran, di Putrajaya hari ini.

Monday, September 14, 2009

Memasukkan marquee dan widget di bawah header.


Selamat Hari Raya Aidil Fitri , Ajiss...





Ini adalah permintaan yang kedua daripada sahabat saya Abdul Aziz. Beliau ingin memasukkan marquee( tulisan berjalan) di bawah tajuk blognya (seperti contoh di atas). Sebelum memasukkan marquee di bawah header (tajuk blog) kita perlu memasukkan 'widget' terlebih dahulu. Kita sedia maklum template blogspot tidak menyediakan widget di bawah headernya. Untuk itu kita perlu memasukkan widget terlebih dahulu. Caranya mudah sahaja.

Cari kod di bawah :

<b:section class='header' id='header' maxwidgets='1' showaddelement='no'>
<b:widget id='Header1' locked='true' title='your blog title (Header)' type='Header'/>
</b:section>


Ubahkan kod yang berwarna merah kepada seperti yang berwarna biru di bawah ini


<b:section class='header' id='header' maxwidgets='2' showaddelement='yes'>
<b:widget id='Header1' locked='false' title='your blog title (Header)' type='Header'/>
</b:section>

Save template.

Masuk ke--> Page Elements untuk melihat 'Add a Gadget' sudah wujud di bawah/ di atas header.

Seterusnya adalah langkah memasukkan skrip marquee.

Klik "Add a Gadget (yang berada di bawah header) -->HTML/JavaScript" kemudian copy dan paste kod berikut ke dalamnya:

<table border="1" width="800" cellspacing="5" textcolor="#c3fdb8" bgcolor="#FF0000"><tbody><tr><td height="20"><p align="justify">
<marquee face="onmouseover" = this.stop() onmouseout="this.start()">TEKS ANDA DI SINI.</marquee></p></td></tr></tbody></table>

Tukarkan TEKS ANDA DI SINI dengan teks yang anda ingin paparkan. Jangan bimbang sekiranya marquee ini berada di atas header kerana ia boleh diseret ke bawah ke atas dan ke tepi.

Panjang box boleh diubah dengan menukarkan nilai pada "width" .
Contohnya width="800" boleh ditukarkan kepada width="600".
Terpulang kepada anda untuk menggodaknya. Tapi ingat, bukan semua boleh digodak.

Selamat mencuba dan menggodak blog anda. Semoga berjaya. Hu..hu..hu...


Cara membuat menu secara horizontal.

Posting ini saya tulis untuk sahabat yang bernama Abdul Aziz (SK Bagan Terap). Beliau ada bertanyakan tentang cara membuat menu horizontal di dalam blog seperti gambar di sebelah. Sebenarnya saya bukanlah mahir sangat tentang benda ni semua. Apa yang saya ada hanyalah sedikit ilmu yang mungkin boleh kita kongsikan bersama. Untuk sahabatku Ajiss..., selamat menggodak blog anda. Hu..hu..hu...



1. Login ke blogger pilih "Layout-->Edit HTML"
2. Masukkan kod berikut sebelum kod
</head>

<script src='http://blog.superinhost.com/vertical/verticalmenu.js' type='text/javascript'/>

3. Setelah itu masukkan kod berikut sebelum kod ]]></b:skin>

.glossymenu, .glossymenu li ul{
list-style-type: none;
margin: 0;
padding: 0;
width: 185px; /*WIDTH OF MAIN MENU ITEMS*/
border: 1px solid black;
}
.glossymenu li{
position: relative;
}
.glossymenu li a{
background: blue url('http://blog.superinhost.com/vertical/blue1.gif') repeat-x bottom left;
font: bold 12px Verdana, Helvetica, sans-serif;
color: red;
display: block;
width: auto;
padding: 5px 0;
padding-left: 10px;
text-decoration: none;
}
.glossymenu li ul{
position: absolute;
width: 190px;
left: 0;
top: 0;
display: none;
}
.glossymenu li ul li{
float: left;
}
.glossymenu li ul a{
width: 180px;
}
.glossymenu li a:visited, .glossymenu li a:active{
color: red;
}
.glossymenu li a:hover{
background-image: url('http://blog.superinhost.com/vertical/blue2.gif');
}

* html .glossymenu li { float: left; height: 1%; }
* html .glossymenu li a { height: 1%; }



4. Kemudian save template.
5. Pergi ke menu "Page Elements"
6. Pilih "Add a Gadget -->HTML/JavaScript" kemudian copy dan paste kod berikut ke dalamnya:

<ul id="verticalmenu" class="glossymenu">
<li><a href="http://www.blogger.com/">Home</a></li>
<li><a href="http://skserimawar.blogspot.com/">Halaman Utama</a></li>
<li><a href="http://cikguanaiz.blogspot.com/2009/08/sign-in-di-blogger-klik-menu-layout.html">Trick Blog</a></li>
<li><a href="http://cikguanaiz.blogspot.com/">Cikgu Anaiz</a></li>

</ul>

Kod yang berwarna hijau adalah linknya dan yang warna biru adalah teks yang dipaparkan. Sekiranya ingin menambah menu, copy dan paste sahaja html tersebut.

Contohnya, <li><a href="http://link anda">Menu yang hendak dipaparkan</a></li>

Jangan lupa tukarkan link dan teks yang hendak dipaparkan.

Selamat mencuba.

Saturday, September 12, 2009

Tarikh melihat anak bulan Syawal

KUALA LUMPUR: Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hari ini mengumumkan sebanyak 29 tempat ditetapkan untuk melihat anak bulan Syawal pada 19 September bagi menentukan tarikh Aidilfitri tahun ini.
Menurut satu kenyataan, Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Aidilfitri adalah berdasarkan rukyah dan hisab dan pengisytiharan tarikh akan diumumkan pada malam Sabtu itu menerusi radio dan televisyen. - Bernama

Thursday, September 3, 2009

Air Mata di Tasikmalaya

Kelu lidah menatap gambar ini. Moga mangsa gempa bumi di Tasikmalaya, Jawa Barat Indonesia diberi ketabahan dan kekuatan iman dalam menghadapi dugaan ini.



Wednesday, September 2, 2009

Senarai Harga Barangan Kawalan Sempena Aidil Fitri 2009.


Berikut adalah senarai harga barangan kawalan sempena Aidil Fitri 2009.Selamat berbelanja........hu..hu...

1. Ayam Hidup
Semenanjung: RM 5.85 (kecuali Langkawi - RM 6.10)

Sarawak: RM 6.60 hingga RM 8.70
Sabah: RM 6.50 hingga RM 6.90
Labuan: RM 6.30

2. Ayam Standard
Semenanjung: RM 6.90 (kecuali Langkawi - RM 7.20)
Sarawak: RM 8.00 hingga RM 10.00
Sabah: RM 9.50 hingga RM 10.00
Labuan: RM 9.30


3. Ayam Super

Semenanjung: RM 7.70 (kecuali Langkawi - RM 8.05)
Sarawak: RM 8.80 hingga RM 11.50
Sabah: RM 9.70 hingga RM 10.20

Labuan: RM 9.50


4. Daging Lembu Tempatan
Semenanjung: RM 16.00 hingga RM 20.00 sekilo
Sarawak: RM 23 hingga RM 30 sekilo
Sabah: RM 16.00 hingga RM 20.00 sekilo
Labuan: RM 20.00

5. Daging Kerbau Import (India)
Semenanjung: RM 11.50
Sarawak: Barangan dilarang import Kerajaan negeri
Sabah: RM 11.50 hingga RM 12.50
Labuan: RM 14.00


6. Telur Ayam Gred A
Semenanjung: RM 0.34
Sarawak: RM 0.34 hingga RM 0.36
Sabah: RM 0.34 hingga RM 0.35
Labuan: RM 0.36

7. Telur Ayam Gred B
Semenanjung: RM 0.33
Sarawak: RM 0.33 hingga RM 0.35
Sabah: RM 0.32 hingga RM 0.33
Labuan: RM 0.35

8. Telur Ayam Gred C
Semenanjung: RM 0.32
Sarawak: RM 0.32 hingga RM 0.34
Sabah: RM 0.31 hingga RM 0.33
Labuan: RM 0.34

9. Kubis bulat import (China)
Semenanjung: RM 3.00 sekilo
Sarawak: RM 3.00 hingga RM 4.50 sekilo
Sabah: RM 3.00
Labuan: RM 3.00


10. Cili Merah
Semenanjung: RM 9.00
Sarawak: RM 10.00
Sabah: RM 8.00
Labuan: RM 8.00

11. Tomato
Semenanjung: RM 3.00
Sarawak: RM 5.50
Sabah: RM 4.00
Labuan: RM 4.00


12. Kelapa parut
Semenanjung: RM 4.00 sekilo
Sarawak: RM 2.50 sekilo
Sabah: RM 3.50 sekilo
Labuan: RM 4.50 sekilo

13. Ubi kentang import (China dan Indonesia)
Semenanjung: RM 2.20 sekilo
Sarawak: RM 3.00 sekilo
Sabah: RM 3.00 sekilo
Labuan: RM 3.00 sekilo


14. Kacang tanah import
Semenanjung: RM 5.50 sekilo
Sarawak: RM 5.00 hingga RM 5.50 sekilo
Sabah: RM 5.00
Labuan: RM 5.50


15. Bawang merah kecil import (India)
Semenanjung: RM 4.50 sekilo
Sarawak: RM 5.00 hingga RM 6.00 sekilo
Sabah: RM 6.00
Labuan: RM 6.00


16. Bawang putih import (China)
Semenanjung: RM 5.00
Sarawak: RM 5.00
Sabah: RM 5.00
Labuan: RM 5.00


17. Ikan kembung
Semenanjung: RM 9.00 hingga RM 11.00 sekilo
Sarawak: RM 8.00 hingga RM 9.00 sekilo
Sabah: RM 5.00 hingga RM 7.00 sekilo
Labuan: RM 8.00

- Bernama

Bersama Cikgu Anaiz © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute