Entah mengapa ketika sedang leka melayari internet aku teringat akan satu nama . Dah lama benar rasanya nama ini tak bermain dimindaku. Bukan kerana sudah melupakan, tapi mungkin juga masa yang menjarakkan. Maklumlah hampir dua dekad tanpa dapat dikesan. Dulu, dia dan aku memang tidaklah berapa rapat. Sekadar kawan biasa. Namun begitu , aku pernah beberapa kali ke rumahnya ketika zaman remaja dahulu. Kami belajar di sekolah yang sama. Bermain badminton bersama di rumah arwah Pak Leh. Malah pernah tinggal satu asrama dengannya semasa di SMK SUA (asrama luar yang kami gelarkan Villa Aman). Lalu ku taip namanya pada lebai google. Dari situ ku mula menjejakinya hinggalah akhirnya ketemui blognya Saujana Jiwa. Menggunakan nama pena Mya Marja rupanya sahabat lamaku ini telah menjadi seorang penulis novel inspirasi yang bertajuk Guru Arkitek Bangsa dan sebuah novel remaja berjudul Naga Serangan Kulat. Wah, hebat ! Sekalung tahniah buat Muhd Yatim bin Marjiko. Sememangnya sejak dibangku sekolah beliau seorang yang kreatif dalam bidang penulisan. Ketika di tingkatan 6 dulu, beliau juga pernah memenangi tempat kedua (peringkat kebangsaan) dalam pertandingan menulis esei tentang Allahyarham Tan Sri P.Ramlee . Ketika itu dia menerima hadiah wang tunai yang agak lumayan juga. Khabarnya, sebahagian wang tunai yang diterimanya telah diberikan kepada ibunya. Percayalah aku tak pernah minta dia 'open table' untuk kami.
Ketika di 'Villa Aman' bersama-sama teman yang lain (Amin, Arwah Lokman, Zul Helmi, Bakier, Yusman, Azman, Idrus dan Bakhtiar) Muhd Yatim bin Marjiko yang ku kenal adalah seorang yang sederhana, pendiam dan agak misteri. Walaupun begitu, kadang-kadang perangainya juga boleh menjadi gila-gila seperti kami juga. Tapi itu dulu... 20 tahun yang lalu.. Kini mungkin semua sudah berubah. Maklumlah umur dah semakin banyak. InsyaAllah, kalian akan cuba ku jejaki semula. Akhirulkalam, semoga kau terus berjaya dalam bidang penulisan kreatif. Pesanku.... kalau ada novel lebih-lebih tu , kirimkanlah kat aku di sini...........ahak..ahak.................

2 comments:
Assalamualaikum. Lokman dah arwah ke? Innalillahiwainnailaihirojiun. Bila dan sakit apa ya sahabat?
Sahabat lama.
walaikumsalam .kemalangan jalan raya.
Post a Comment