Assalamualaikum....kabare ......

SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG CIKGU ANAIZ

Wednesday, November 17, 2010

Majlis Korban Aidil Adha

Aku kongsikan bersama beberapa bidikan sempena majlis korban di Masjid Al-Maarufiah, Kampung Parit Baru, Sabak Bernam, Selangor. 9 ekor lembu menjadi korban.

Kepada sanak saudara, sahabat handai, kaum musilimin dan muslimat....Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha.....

Sunday, November 14, 2010

Ngetest............. Kamera DSLR

Hari ni aku ngetest kamera dslr yang baru dapat....sasaran bidikan hanya dikeliling rumah......maklumlah aku ni macam anak dara pingitan.......wakakaka............inilah hasilnya.......


betik burung @ gandol manok


mawar @ ros


pegaga @ gagan


rumput nyonya


keembong


orkid


10.00 pagi aku ke Pekan Sabak.......cari ayam kampung.....ketika di Pekan Sabak ,aku juga sempat membidik......

wajah pekan sabak


pengkalan sabak


kampung seberang kota


panorama di jeti pengkalan sabak


gelandangan



Balik dari Sabak aku singgah ke majlis kenduri kahwin di Jalan Masjid , Parit Baru.......di situ sempat juga membidik.....hohoho....

menjamu selera



kumpulan kompang, parit baru baruh..


yang ini aku no komen.............steady pamane.......


Aku tak pernah berkursus fotografi....sekadar suka2 ........so..... hasilnya mungkin hampehh....maklumlah orang tua baru belajar............adiosssss.........



Saturday, October 30, 2010

Jom Linux

Dah bosan dengan Windows....jom kita tukar dengan Linux....percuma dan bebas virus......




Download Ubuntu 10.10


Bookmark and Share

Thursday, September 9, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI


Waktu mengalir bagaikan air,

Ramadhan suci akan berakhir,

Untuk salah yg pernah ada,

Untuk dusta yg sempat terucap,

Pintu maaf selalu kuharap...


SELAMAT HARI RAYA...MAAF ZAHIR BATIN...

Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan Al-Mubarak 1431 Hijrah


Hari ini 1 Ramadhan 1431 Hijrah bersamaan 11 Ogos 2010. Alhamdulillah kita diberi peluang sekali lagi untuk menyambut Ramadhan yang penuh dengan keberkatan ini.............. Marhaban Ahlan Wa Sahlan Ya Shahra Ramadan.........


Pengertian Puasa

Puasa (bahasa Arab: صوم) secara bahasanya boleh diertikan sebagai menahan diri. Daripada segi istilah syara' bermaksud menahan diri daripada makan atau minum dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur sesama sendiri. Secara tidak langsung amalan puasa akan menyuburkan sikap murni di dalam diri pelakunya. Adalah menjadi harapan kita agar kesemua nilai yang baik ini akan terus dipraktikkan ke bulan-bulan berikutnya.


Dalil Wajib puasa

Umat Islam yang mempunyai cukup syarat diwajibkan berpuasa di bulan Ramadhan bersandarkan dalil seperti berikut:

Al-Quran:

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa keatas kamu sebagaimana diwajibkan ke atas orang yang terdahulu daripada kamu, mudah-mudahan kamu bertakwa.

Hadis:

Maksudnya: Daripada Ibnu Umar dari Nabi Muhammad S.A.W bersabda; Islam itu dibina atas lima perkara, bersaksi tiada tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allahh, mendirikan sembahyang, membayar zakat, menunaikan haji dan puasa pada bulan Ramadhan.

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sehubungan dengan adanya dalil daripada Al-Quran dan hadis yang jelas tentang wajibnya puasa, maka orang yang mengingkari kewajipan berpusa adalah dihukum sebagai murtad (keluar daripada Islam).


Buat isteri dan anak-anak ku tersayang........SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL- MUBARAK...Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita.



Bookmark and Share



Friday, July 23, 2010

Pujian Yang Membinasakan

Renungan buat diriku....

Imam al-Ghazali dalam kitabnya, 'Kitabul Arba'in fi Ushuliddiin' mengatakan bahwa pujian itu mengandung enam bencana. Empat bencana bagi pemuji dan dua untuk yang dipuji:
1. Seringkali pujian tersebut dilakukan secara berlebih-lebihan, bahkan akhirnya menjurus pada dusta, karena tidak sesuai dengan kenyataan.

2. Berpura-pura menyenangi orang yang dipuji, padahal sebenarnya tidaklah demikian. Hal ini jelas menjurus pada sifat munafik dan riak.

3. Seringkali mengatakan sesuatu secara tidak objektif dan omong kosong. Contohnya, mengatakan dia itu orang yang adil, dan dia itu warak, sedangkan kenyataannya adalah sebaliknya.

4. Menjadikan pihak yang dipuji itu merasa bangga dan besar kepala. Walhal mungkin , orang yang dipuji itu adalah orang yang zalim dan fasik. Rasulullah Saw telah bersabda, "Sesungguhnya Allah sangat murka bila ada orang fasik dipuji-puji." (al-Hadits).

5. Kemungkinan orang yang menerima pujian akan menjadi takbur dan ta'ajjub yang keduanya sangat membinasakan.

6. Menjadikan penerima pujian akan bangga dan lupa akan amalnya serta merasa dirinya sudah cukup sempurna.

Berhati-hatilah dalam menerima dan memberi pujian. Jangan karam dengan pesona yang melalaikan.

Tuesday, July 20, 2010

Sajak Subsidi ....Dr. MAZA


Klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas.

Thursday, July 15, 2010

Naik Jangan Tak Naik........



Harga petrol, diesel, gula dan gas LPG naik berkuatkuasa mulai tengah malam ini (16 Julai 2010).

Petrol RON 95 dan diesel naik 5 sen. RON97 tidak lagi diberikan subsidi. Ia tertakluk kepada apungan secara terkawal, dengan harga ditentukan oleh mekanisme harga automatik, berikutan penyelarasan harga subsidi yang diumumkan kerajaan hari ini.

Manakala harga gula pula naik 25 sen kepada RM1.90, dengan gas LPG naik sebanyak 10 sen sekilogram

Kenaikan harga barangan berkenaan diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu pengumuman malam ini.

Berikut adalah harga baru:

  • Petrol RON 95 - RM1.85 seliter.
  • Petrol RON 97 - RM2.10 seliter.
  • Diesel - RM1.75 seliter.
  • Gula - RM1.90 sekilogram
  • Gas LPG - RM1.85 sekilogram

Berikut adalah harga baru gas:

  • Tong 14KG - dari RM24.50 kepada RM25.90 (naik RM1.40)
  • Tong 12KG - dari RM21.00 kepada RM22.20 (naik RM1.20)
  • Tong 10KG - dari RM17.50 kepada RM18.50 (naik RM1.00)

Monday, July 12, 2010

Sombongkah Anda...?


Sifat sombong atau ego ini hampir semua orang memilikinya , cuma sesiapa yang kuat mujahadah dan takutkan Allah sahaja berjaya mengikis sifat keji ini. Antara ciri-ciri seseorang itu ada penyakit sombong ialah:

1. Suka memperkecilkan orang lain lebih-lebih lagi orang yang dipandang hina dan lebih rendah taraf darinya.
2. Susah menerima sebarang nasihat, teguran atau kritikan daripada orang lain.
3. Bermegah dengan keistimewaan anugerah Allah kepadanya, seperti cantik, berjawatan tinggi, kaya, bijak, mahsyur, dipuji orang, keturunan baik dan sebagainya.
4. Suka marah-marah kepada orang atau membentak-bentak orang di khalayak ramai.
5. Rasa diri hebat, sempurna, kuat hingga membelakangkan kehebatan dan kebesaran Allah sama sekali.
6. Suka bergaul dengan orang yang setaraf dengannya sahaja.
7. Pendapatnya sahaja yang betul dan mesti diterima, orang lain salah dan tidak penting.
8. Susah minta maaf dan senyum pada orang lain.
9. Tidak pernah fikir kesusahan orang , ia fikir kesenangannya sahaja.
10.Suka menunjuk-nunjuk dan bermegah-megah dengan apa yang dimiliki dan berharapkan puji-pujian terhadap apa yang dilakukannya.


Al Imam Adz Dzahabi rahimahullah berkata, “Kesombongan yang paling buruk adalah orang yang menyombongkan diri di hadapan manusia dengan ilmunya, merasa dirinya besar dengan kemuliaan yang dia miliki. Bagi orang tersebut tidak bermanfaat ilmunya untuk dirinya. Barangsiapa yang menuntut ilmu demi akhirat maka ilmunya itu akan menimbulkan hati yang khusyuk serta jiwa yang tenang. Barangsiapa yang menuntut ilmu untuk membanggakan diri dan meraih kedudukan, memandang remeh kaum muslimin yang lainnya serta memperbodoh-bodahkan dan merendahkan mereka, maka hal ini merupakan kesombongan yang paling besar. Tidak akan masuk syurga orang yang di dalam hatinya terdapat kesombongan walaupun hanya sebesar zarah (biji sawi).

Oleh itu hindarilah sikap sombong, angkuh dan suka menunjuk-nunjuk kerana ia bukan sahaja dibenci oleh sesama manusia bahkan ia dilaknat oleh Allah SWT.

Saturday, June 19, 2010

AP oh AP....

POKOK SENA: Sepasang suami isteri terkejut selepas buah mempelam seberat tiga kilogram yang dibeli di Pekan Siam, Thailand, dirampas kakitangan Jabatan Pertanian di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (KIK) Padang Besar, berikutan tidak mempunyai permit import (AP). Yahaya Wahab, 67, dari Taman Bandar Baru, di sini, tidak menyangka buah mempelam yang dibeli pada harga RM10 Rabu lalu untuk keluarga perlu mendapatkan sijil AP.

Katanya, beliau dan isteri, Ramlah Hassan, 60, terkejut kerana tidak pernah dikenakan tindakan seumpama itu sebelum ini.

“Ketika hendak melalui pemeriksaan di KIK, pegawai kastam melakukan pemeriksaan rutin dan pada masa sama seorang kakitangan Jabatan Pertanian datang ke arah kereta saya.

“Beliau bertanya adakah saya ada membeli barangan di negara jiran dan memaklumkan membeli mempelam seberat tiga kilogram,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

Yahya berkata, kakitangan Jabatan Pertanian itu kemudian meminta beliau mengemukakan sijil AP sebelum membenarkan membawa masuk mempelam berkenaan.
“Saya sangat terkejut kerana dimaklumkan bahawa barangan dibeli dari Thailand walaupun dalam kuantiti kecil perlu mengemukakan sijil AP.

“Selama ini saya tidak berdepan masalah membeli mempelam di Thailand. Malah, tiada siapa memberitahu larangan membawa barangan tertentu termasuk buah-buahan ke negara ini,” katanya.

Yahaya berkata, kakitangan Jabatan Pertanian itu merampas buah berkenaan dan mengeluarkan Notis Perkhidmatan Kuarantin Tumbuhan (Pemeriksaan Pesalinan Pertanian Yang Diimport) atas kesalahan tiada sijil AP.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Perlis, Sabry Ahmad, berkata orang ramai perlu mendapatkan sijil AP sebelum membawa masuk buah-buahan dan sayur-sayuran dari negara jiran ke negeri ini.

“Peraturan itu sudah dikuatkuasakan sejak 2005 kerana kita mahu mengawal penyakit serangan serangga perosak tumbuhan yang belum ditemui di Malaysia.

“Justeru, orang ramai tidak boleh membawa masuk tiga jenis buah-buahan iaitu mempelam, durian dan jambu air termasuk 12 jenis sayur-sayuran kecuali memohon AP dan sijil fitosanitasi yang dikeluarkan pihak pengeksport,” katanya.

"Peraturan itu sudah termaktub dalam Peraturan Perjanjian Negara-Negara Asean Pengeksport atau Pengeluar bagi mengelakkan penyakit tertentu," katanya.



Ha..ha...ha....ha...ha....ha.....
Bersama Cikgu Anaiz © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute