Assalamualaikum....kabare ......

SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG CIKGU ANAIZ

Saturday, April 10, 2010

Aku , Blog & ............

Aku tak pernah belajar membina blog secara formal. Tidak pernah menghadiri kursus atau bengkel membina blog. Aku mula berjinak2 dengan blog atas dasar suka2 je. Ketika itu blogspot belum popular lagi. Pada masa itu kebanyakan blogger menggunakan wordprees sebagai medan untuk membina blog. Para blogger mula meminati dan mula beralih ke blogspot sekitar pertengahan tahun 2007 sesudah ia diambil alih sepenuhnya oleh Google.

Ketika diminta untuk menjadi penceramah untuk Kursus Membina Portal Sekolah (menggunakan blogspot) oleh Tn Haji Ghazali (Pegawai Teknologi Pendidikan) aku jadi kaget sebentar. Dari mana beliau tahu aku membina blog. Aku jenis orang yang tidak suka untuk meng'expose'kan diri sendiri. Sebab itulah setiap blog yang aku bina dan bangunkan tidak pernah ku paparkan namaku....gambar...hehe....jauh sekali. Aku sekadar menggunakan nama pena ANAIZ. Ramai yang tertanya2 mengapakah aku menggunakan nama ANAIZ. Biarlah ku jelaskan. ANAIZ sebenarnya gabungan namaku, isteri dan 3 orang anak kesayanganku. A untuk namaku, N untuk nama isteriku, AIZ adalah gabungan nama 3 orang anak kesayanganku...Alif....Izzat...dan Zaqwan.... Dari mana beliau tahu........... ??

Walaupun begitu......aku sahut cabarannya.......Niatku cuma satu, aku ingin kongsikan ilmu yg sedikit ini kepada org lain. Sebenarnya sebelum ni pun aku sering memberi ceramah tentang membina dan mengurus blog. Aku juga pernah menyampaikan ceramah membuat dan menyunting rakaman video serta beberapa perkara lain yang berkaitan ict. Tapi itu semua ku lakukan secara dalaman sahaja. Jaguh kampung...hak2....

bersambung....

Selama 4 hari berkampung di PKG Sabak, aku sedaya upaya berkongsi apa yang aku tahu untuk menyempurnakan tugasan yang diamanahkan. Alhamdulillah, dengan kerjasama semua pihak, Kursus Membina Portal Sekolah (kumpulan 1 dan kumpulan 2) dapat disempurnakan dengan jayanya. Terima kasih kepada peserta kursus, terima kasih kepada rakan-rakan penceramah , terima kasih kepada semua Pegawai Teknologi Pendidikan seluruh Sabak Bernam dan terima kasih yang tidak terhingga kepada Tuan Haji Ghazali ( Ketua Pegawai Teknologi Pendidikan, Sabak Bernam) kerana memberi kepercayaan kepada ku untuk menjadi penceramah dalam kursus tersebut. Mohon maaf di atas segala kekurangan. Kepada rakan-rakan blogger, diucapkan selamat berblog.


TIPS KESELAMATAN - PDRM

1. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).

2. Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).

3. Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu diluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan PJ).

4. Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.

5. Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara lama…).

6. Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, kalau terjaga tengah malam, cuba “on and off” kan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa peka).

7. Tekan butang merah alarm kereta anda jika anda mengesyaki pencuri sudah masuk ke dalam rumah.

8. Sekiranya terlihat orang asing yang mencurigakan di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya mereka ini naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka, mereka akan menundukkan kepala).

9. Pesan dengan jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah anda dan mengaku saudara anda bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefon pejabat kepada jiran supaya mereka boleh memaklumkan pada anda.

10. Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu extension dalam kamar tidur anda. Ini memudahkan anda membuat panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.

11. Adakan senarai nombor telefon kecemasan 999 seperti polis, bomba , 991 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafal nombor tersebut. Ini memudahkan anda untuk membuat sebarang panggilan telefon.

12. Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.

13. Lampu porch & lampu belakang rumah sebaiknya jenis automatik ,ia akan menyala bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi makan angin.

14. Kalau perlu mengambil cuti panjang,sentiasa memberitahu jiran2 anda supaya mereka dapat membantu menyimpan surat dlm mail box. Peti surat yg penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.

15. Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda.

16. Kereta PROTON merupakan kenderaan yang paling mudah dicuri. Kalau kereta anda baru dibeli, sekurang-kurangnya anda perlu mengunci gear & stering sebelum tidur (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi ia dapat membantu melambatkan pencuri).

17. Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua sekiranya berlaku kebakaran.

18. Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.

19. Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni…). Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat.

20. Kalau menyewa di rumah baru, pastikan anda menukar padlock baru,kerana mungkin penyewa terdahulu masih mempunyai kunci pendua.

21. Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing.

Monday, March 8, 2010

Sahabat-sahabat Lama

ZURAINI BINTI BAKRI


NORITA TOMIN


SITI NAZRIAH BINTI SANIN


NASIR BIN MOHEMMED LEHAN


MAZLINA BINTI ARIF

Hari demi hari makin ramai sahabat-sahabat lama semasa sekolah rendah dan sekolah menengah yang berjaya ku temui. Kebanyakkannya melalui FB. Antaranya Nasir bin Muhammed Lehan, Zuraini binti Bakri, Siti Nazriah binti Sanin, Norita binti Tomin dan Mazlina Arif. Banyak kenangan dengan mereka sebenarnya. Aku harap korang tak marah aku masukkan gambar korang dalam blog ini.




Friday, February 26, 2010

Lagi Sahabat Lama....Maizatul Akmar


Maizatul Akmar binti Awang


Hari ni aku jumpa lagi seorang kawan lama. Kami satu maktab di MPTAA , Kuantan pada tahun 1993/1995. Bukan sahaja satu maktab ,malah kami satu kelas. KPA PM1. Tak sangka dapat jumpa balik selepas 15 tahun berlalu melalui Facebook. Khabarnya dia baru sahaja dikurniakan anak yang ke-5. Tahniah buat Maizatul Akmar binti Awang. Memang pada mula aku agak curiga bila menerima message melalui FB. Lama aku tenung gambarnya........hahahahaha... aku x kenal. Kebetulan pula dia hanya menggunakan nama manjanya sahaja. Wajah yang ada dalam memori aku mmg tak sama dengan apa yang aku tengok sekarang. Maajun apa yang kau makan Maizatul...hahahaha......

Selamat bertemu kembali Mai...


Thursday, February 4, 2010

Badai Melanda Lagi.......












Tadi, ketika waktu senggang sekitar jam 12.00 t/hari....sedang aku melepaskan lelah.. aku menerima panggilan daripada ssahabatku Sabri (Abuya). Entah mana yang Abu dan mana yang Ya, aku pun tak tahu. Tapi itulah gelaran yang kami berikan kepadanya ketika di MPTAA. Sebagai kepala reunion ini, beliau menyuarakan kegelisahannya tentang 'reunion' yang di jadualkan berlangsung pada bulan Mac nanti. Sebelum ini, reunion tu dah pun dengan terpaksanya ditangguhkan kerana adanya 'ribut' badai yang melanda di peraian Kampuchea. Menurutnya kali ini ' ribut' telah membadai di peraian Papua New Guinea pula.

Aku sebenarnya sedia maklum tentang perkara ini. Bukan mudah untuk organise benda reunion ni. Tambahan pula masing-masing ada komitmen dan prioriti terhadap tugas dan tanggungjawab. Kadang-kadang aku rasa kesian pula bila mengenangkan Abuya terpaksa melakukan itu dan ini demi merealisasikan reunion ini. Tidak jemu-jemu menghubungi kawan-kawan bertanyakan pendapat , survey tempat yang sesuai, booking hotel (kalau jadilah)......aahhhh.....peritnya. Aku sekadar membantu mempromosi re-union melalui blog ini. Itupun cuma beberapa kerat jer ex-MPTAA yang sudi menjenguk. Kecewa??? tidak juga. Aku sekadar membantu....full stop. Untuk sahabatku Sabri, jangan hatimu gundah gulana. Kita telah usahakannya sedaya mungkin yang boleh...namun ketentuan bukan di tangan kita.

Menurut ramalan cuaca, aku sendiri pun akan membadai pada Mac ini...ahak..ahak.....Bukan ku sengajakan.... tapi aku pun macam korang jugak...wakakakaka.....


Sunday, January 31, 2010

Pelik Tapi Benar


KUALA TERENGGANU: Mungkin disebabkan kesilapan kecil, tetapi ketiadaan cuti peristiwa sekolah sempena musim perayaan Aidilfitri tahun ini menyebabkan pentadbir sekolah dan guru kebingungan untuk mendapatkan cuti berkenaan.

Mengikut pekeliling yang dikeluarkan Kementerian Pelajaran pada 21 Disember 2009 dan boleh diakses di laman web www.moe.gov.my., sekolah di seluruh negara dibenar mengambil cuti peristiwa tahun ini untuk perayaan Tahun Baru Cina, Deepavali, Pesta Keamatan (Sabah dan Labuan) dan Hari Gawai (Sarawak).Bagaimanapun, agak mengejutkan bagi banyak pihak apabila cuti peristiwa tidak dibenarkan untuk Aidilfitri.

Berbanding cuti ganti, cuti peristiwa adalah cuti yang boleh diambil sekolah tetapi tidak perlu diganti seperti pada Sabtu yang biasa dilaksanakan selama ini.

Seorang pengetua yang tidak mahu dikenali berkata, majoriti pentadbir sekolah di negeri ini mendapati pekeliling itu agak pelik berbanding sebelum ini.

Pada mulanya, beliau berkata, semua pentadbir sekolah beranggapan berlaku kesilapan pada pekeliling Kementerian Pelajaran itu dan membuat permohonan untuk mendapatkan cuti peristiwa bagi sekolah masing-masing untuk Aidilfitri tahun ini.


"Bagaimanapun, kami terkejut apabila Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) menolak permohonan cuti peristiwa dengan alasan penolakan itu berlandaskan pekeliling berkenaan.


"Selepas itu, baru kami menyedari pekeliling itu adalah betul dan bukannya kesilapan Kementerian Pelajaran," katanya.


Katanya, cuti peristiwa perlu berikutan Aidilfitri adalah antara perayaan agama yang penting bagi majoriti penduduk di negara ini, terutama di negeri ramai Melayu seperti Kelantan dan Terengganu.
"Dengan majoriti pelajar di Pantai Timur adalah Melayu, ketiadaan cuti peristiwa adalah sesuatu yang pelik tetapi pada masa sama, memberikan cuti itu bagi perayaan Tahun Baru Cina, Deepavali, Pesta Keamatan atau Hari Gawai," katanya.

Seorang lagi pengetua sekolah berkata, keadaan seperti ini tidak pernah berlaku sebelum ini.


"Sebelum ini, tidak pernah ada masalah untuk kami memohon cuti peristiwa untuk hari raya, tetapi saya yakin ini mungkin kesilapan dan kementerian akan dapat mengatasinya.


"Tidak masuk akal jika kementerian dengan sengaja mengecualikan Aidilfitri daripada mendapat cuti peristiwa itu," katanya.

Aidilfitri tahun ini dijangka pada 10 dan 11 September iaitu Jumaat dan Sabtu, dua hari terakhir cuti pertengahan penggal selama seminggu di Kedah, Kelantan dan Terengganu.


Berikutan keputusan kementerian untuk tidak membenarkan cuti peristiwa pada perayaan Aidilfitri, orang ramai terutama pelajar dan guru sekolah di Kedah, Kelantan dan Terengganu perlu kembali bertugas semula pada Hari Raya ketiga iaitu pada Ahad.


Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom tidak dapat dihubungi untuk mengulas perkara itu.

Friday, January 15, 2010

Sahabat Lama Lagi................Mya Marja



Entah mengapa ketika sedang leka melayari internet aku teringat akan satu nama . Dah lama benar rasanya nama ini tak bermain dimindaku. Bukan kerana sudah melupakan, tapi mungkin juga masa yang menjarakkan. Maklumlah hampir dua dekad tanpa dapat dikesan. Dulu, dia dan aku memang tidaklah berapa rapat. Sekadar kawan biasa. Namun begitu , aku pernah beberapa kali ke rumahnya ketika zaman remaja dahulu. Kami belajar di sekolah yang sama. Bermain badminton bersama di rumah arwah Pak Leh. Malah pernah tinggal satu asrama dengannya semasa di SMK SUA (asrama luar yang kami gelarkan Villa Aman). Lalu ku taip namanya pada lebai google. Dari situ ku mula menjejakinya hinggalah akhirnya ketemui blognya Saujana Jiwa. Menggunakan nama pena Mya Marja rupanya sahabat lamaku ini telah menjadi seorang penulis novel inspirasi yang bertajuk Guru Arkitek Bangsa dan sebuah novel remaja berjudul Naga Serangan Kulat. Wah, hebat ! Sekalung tahniah buat Muhd Yatim bin Marjiko. Sememangnya sejak dibangku sekolah beliau seorang yang kreatif dalam bidang penulisan. Ketika di tingkatan 6 dulu, beliau juga pernah memenangi tempat kedua (peringkat kebangsaan) dalam pertandingan menulis esei tentang Allahyarham Tan Sri P.Ramlee . Ketika itu dia menerima hadiah wang tunai yang agak lumayan juga. Khabarnya, sebahagian wang tunai yang diterimanya telah diberikan kepada ibunya. Percayalah aku tak pernah minta dia 'open table' untuk kami.

Ketika di 'Villa Aman' bersama-sama teman yang lain (Amin, Arwah Lokman, Zul Helmi, Bakier, Yusman, Azman, Idrus dan Bakhtiar) Muhd Yatim bin Marjiko yang ku kenal adalah seorang yang sederhana, pendiam dan agak misteri. Walaupun begitu, kadang-kadang perangainya juga boleh menjadi gila-gila seperti kami juga. Tapi itu dulu... 20 tahun yang lalu.. Kini mungkin semua sudah berubah. Maklumlah umur dah semakin banyak. InsyaAllah, kalian akan cuba ku jejaki semula. Akhirulkalam, semoga kau terus berjaya dalam bidang penulisan kreatif. Pesanku.... kalau ada novel lebih-lebih tu , kirimkanlah kat aku di sini...........ahak..ahak.................


Monday, January 11, 2010

Sahabat Lama


Semalam tanpa diduga saya mendapat email melalui Facebook daripada seorang sahabat lama yang memang dah lama saya tak jumpa. Mulanya saya tak berapa cam akan rupanya walaupun saya dah 'meneroka' facebooknya. Maklumlah hampir 20 tahun tidak berjumpa. Kalau dulu badannya 'halus' saja, kini dah penuh berisi. Tobat... tengok sekali dua saya memang dah tak cam lagi. Banyak kenangan bersamanya khususnya ketika sama-sama bergiat cergas dalam PTE (Persatuan Tingkatan Enam) di SMK SUA 90/91. Selamat bersua kembali Zul Hilmi Abdul Hamid.


Wednesday, December 23, 2009

Pilih yang jimat minyak .

Asian Auto -Mudah.my Fuel Efficiency Awards
Winners List 2009


  • Compact City Cars
    1st Place:Hyundai i105.0 (liter/100km)
    2nd Place:Proton Savvy5.7 (liter/100km)
    3rd Place:Kia Picanto5.8 (liter/100km)
  • Compact Premium Cars
    1st Place:Mini Cooper5.8 (liter/100km)
    2nd Place:Honda Jazz6.4 (liter/100km)
    3rd Place:Alfa Mito 6.5 (liter/100km)
  • Small Family Cars
    1st Place:Toyota Vios 'J'6.1 (liter/100km)
    2nd Place:Proton Persona6.75 (liter/100km)
    3rd Place:Honda City6.8 (liter/100km)
  • Luxury Family Cars
    1st Place:Nissan Slyphy7.8 (liter/100km)
    2nd Place:Hyundai Elantra7.9 (liter/100km)
    3rd Place:Peugeot 4078.1 (liter/100km)
  • Premium Family Cars
    1st Place:Mercedes Benz B1807.2 (liter/100km)
    2nd Place:Volvo S407.9 (liter/100km)
    3rd Place:Toyota Camry8.8 (liter/100km)
  • Executive Cars
    1st Place:BMW 320i6.1 (liter/100km)
    2nd Place:Audi A47.4 (liter/100km)
    3rd Place:Mercedes C-Class 200K8.0 (liter/100km)
  • Premium Executive Cars
    1st Place:Citroen C58.9 (liter/100km)
    2nd Place:BMW 525i9.4 (liter/100km)
    3rd Place:Mercedes E-Class E200K9.6 (liter/100km)
  • Super Saloons
    1st Place:Audi A89.9 (liter/100km)
    2nd Place:Mercedes Benz S-Class S35010.0 (liter/100km)
    3rd Place:Lexus LS46011.1 (liter/100km)
  • Super Sport Cars
    1st Place:Lotus Exige9.1 (liter/100km)
    2nd Place:Porsche 911 PDK10.3 (liter/100km)
    3rd Place:Nissan 370Z10.5 (liter/100km)
  • Super Sport Convertibles
    1st Place:Mercedes Benz SLK 200K8.1 (liter/100km)
    2nd Place:Volkswagen EOS TFSi8.2 (liter/100km)
    3rd Place:Porsche Boxster9.4 (liter/100km)
  • Performance Cars
    1st Place:Peugeot 308 GT6.8 (liter/100km)
    2nd Place:Mini Cooper S JCW6.9 (liter/100km)
    3rd Place:VW Scirocco TFSi7.6 (liter/100km)
  • Pickup Trucks
    1st Place:Isuzu D-Max Hi-DEF Diesel7.0 (liter/100km)
    2nd Place:Ssangyong Actyon Sports Diesel8.0 (liter/100km)
    3rd Place:Nissan Navara Diesel8.2 (liter/100km)
  • Compact MPV's
    1st Place:Renault Kangoo 1.55.5 (liter/100km)
    2nd Place:Honda Stream 1.86.7 (liter/100km)
    3rd Place:Nissan Grand Livina7.6 (liter/100km)
  • Luxury MPV's
    1st Place:Mazda58.2 (liter/100km)
    2nd Place:Hyundai Starex Diesel9.6 (liter/100km)
    3rd Place:Ssangyong Stavic Diesel9.7 (liter/100km)
  • Compact SUV's
    1st Place:Ssangyong Actyon Sports Diesel8.0 (liter/100km)
    2nd Place:Honda CRV8.2 (liter/100km)
    3rd Place:Audi Q5 TFSi8.4 (liter/100km)
  • Luxury SUV's
    1st Place:Volvo XC90 D5 Diesel8.5 (liter/100km)
    2nd Place:BMW X5 3.0 Diesel8.7 (liter/100km)
    3rd Place:Audi Q7 3.0 Diesel9.9 (liter/100km)
  • Hybrids
    1st Place:Toyota Prius HYBRID3.9 (liter/100km)
    2nd Place:Honda Civic Hybrid HYBRID4.6 (liter/100km)

Apabila cuti bersalah.....

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengajian Tinggi akan mencadangkan kepada Kementerian Pelajaran supaya menganjakkan permulaan sesi persekolahan tahunan ke pertengahan Januari berbanding awal bulan ketika ini.

Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Prof Datuk Dr Radin Umar Radin Sohadi, berkata cadangan itu bagi mengelakkan lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) menghadapi tempoh senggang terlalu lama untuk memasuki institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini.

Katanya, ini berikutan hasrat Kementerian Pengajian Tinggi untuk merombak kalendar akademik IPT supaya seragam dengan sesi pengajian universiti pada peringkat antarabangsa.

Beliau berkata, kalendar akademik IPT di negara ini bermula antara akhir Jun dan awal Julai, manakala sesi pengajian universiti pada peringkat antarabangsa pula pada sekitar akhir Ogos.

"Sekiranya kalendar akademik IPT diubah kepada akhir Ogos tetapi permulaan sesi persekolahan kekal sama, ini menyebabkan lulusan SPM dan STPM terpaksa menunggu lebih lama untuk memasuki universiti.

"Dalam konteks ini, kementerian bimbang timbul isu negatif bahawa mereka menjadi tidak produktif atau terbabit dengan gejala seperti melepak atau merempit berikutan tempoh senggang yang terlalu panjang," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Akhbar semalam melaporkan kalendar akademik IPT di negara ini akan diubah supaya seragam dengan sesi pengajian universiti pada peringkat antarabangsa untuk menarik kemasukan lebih ramai penuntut asing dan memudahkan pelaksanaan program mobiliti pelajar serta tenaga pengajar.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, dipetik sebagai berkata sebarang perubahan terhadap kalendar akademik IPT bakal diketahui pada mesyuarat terakhir dengan Kementerian Pelajaran yang dijadualkan berlangsung pada minggu depan.

Sementara itu, Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, ketika dihubungi pula berkata cadangan yang akan dibentangkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi pada minggu depan akan dibincang dan dibawa dalam tiga peringkat mesyuarat Kementerian Pelajaran, iaitu mesyuarat pengurusan, mesyuarat profesional dan mesyuarat mengenai dasar pendidikan yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri serta Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Catatan,

Kalau hendak buat perkara negatif seperti melepak dan merempit tidak perlu tunggu masa senggang ketika menunggu keputusan SPM & STPM sebelum memasuki IPTA .Waktu sekolah pun mereka boleh buat benda ni. Lagipun hanya beberapa peratus sahaja daripada mereka ini ditawarkan ke universiti. Rasanya di IPT pun mat rempit serta mat dan minah runtuh moral bersepah.....

Bersama Cikgu Anaiz © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute