Assalamualaikum....kabare ......

SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG CIKGU ANAIZ

Saturday, September 12, 2009

Tarikh melihat anak bulan Syawal

KUALA LUMPUR: Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hari ini mengumumkan sebanyak 29 tempat ditetapkan untuk melihat anak bulan Syawal pada 19 September bagi menentukan tarikh Aidilfitri tahun ini.
Menurut satu kenyataan, Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Aidilfitri adalah berdasarkan rukyah dan hisab dan pengisytiharan tarikh akan diumumkan pada malam Sabtu itu menerusi radio dan televisyen. - Bernama

Thursday, September 3, 2009

Air Mata di Tasikmalaya

Kelu lidah menatap gambar ini. Moga mangsa gempa bumi di Tasikmalaya, Jawa Barat Indonesia diberi ketabahan dan kekuatan iman dalam menghadapi dugaan ini.



Wednesday, September 2, 2009

Senarai Harga Barangan Kawalan Sempena Aidil Fitri 2009.


Berikut adalah senarai harga barangan kawalan sempena Aidil Fitri 2009.Selamat berbelanja........hu..hu...

1. Ayam Hidup
Semenanjung: RM 5.85 (kecuali Langkawi - RM 6.10)

Sarawak: RM 6.60 hingga RM 8.70
Sabah: RM 6.50 hingga RM 6.90
Labuan: RM 6.30

2. Ayam Standard
Semenanjung: RM 6.90 (kecuali Langkawi - RM 7.20)
Sarawak: RM 8.00 hingga RM 10.00
Sabah: RM 9.50 hingga RM 10.00
Labuan: RM 9.30


3. Ayam Super

Semenanjung: RM 7.70 (kecuali Langkawi - RM 8.05)
Sarawak: RM 8.80 hingga RM 11.50
Sabah: RM 9.70 hingga RM 10.20

Labuan: RM 9.50


4. Daging Lembu Tempatan
Semenanjung: RM 16.00 hingga RM 20.00 sekilo
Sarawak: RM 23 hingga RM 30 sekilo
Sabah: RM 16.00 hingga RM 20.00 sekilo
Labuan: RM 20.00

5. Daging Kerbau Import (India)
Semenanjung: RM 11.50
Sarawak: Barangan dilarang import Kerajaan negeri
Sabah: RM 11.50 hingga RM 12.50
Labuan: RM 14.00


6. Telur Ayam Gred A
Semenanjung: RM 0.34
Sarawak: RM 0.34 hingga RM 0.36
Sabah: RM 0.34 hingga RM 0.35
Labuan: RM 0.36

7. Telur Ayam Gred B
Semenanjung: RM 0.33
Sarawak: RM 0.33 hingga RM 0.35
Sabah: RM 0.32 hingga RM 0.33
Labuan: RM 0.35

8. Telur Ayam Gred C
Semenanjung: RM 0.32
Sarawak: RM 0.32 hingga RM 0.34
Sabah: RM 0.31 hingga RM 0.33
Labuan: RM 0.34

9. Kubis bulat import (China)
Semenanjung: RM 3.00 sekilo
Sarawak: RM 3.00 hingga RM 4.50 sekilo
Sabah: RM 3.00
Labuan: RM 3.00


10. Cili Merah
Semenanjung: RM 9.00
Sarawak: RM 10.00
Sabah: RM 8.00
Labuan: RM 8.00

11. Tomato
Semenanjung: RM 3.00
Sarawak: RM 5.50
Sabah: RM 4.00
Labuan: RM 4.00


12. Kelapa parut
Semenanjung: RM 4.00 sekilo
Sarawak: RM 2.50 sekilo
Sabah: RM 3.50 sekilo
Labuan: RM 4.50 sekilo

13. Ubi kentang import (China dan Indonesia)
Semenanjung: RM 2.20 sekilo
Sarawak: RM 3.00 sekilo
Sabah: RM 3.00 sekilo
Labuan: RM 3.00 sekilo


14. Kacang tanah import
Semenanjung: RM 5.50 sekilo
Sarawak: RM 5.00 hingga RM 5.50 sekilo
Sabah: RM 5.00
Labuan: RM 5.50


15. Bawang merah kecil import (India)
Semenanjung: RM 4.50 sekilo
Sarawak: RM 5.00 hingga RM 6.00 sekilo
Sabah: RM 6.00
Labuan: RM 6.00


16. Bawang putih import (China)
Semenanjung: RM 5.00
Sarawak: RM 5.00
Sabah: RM 5.00
Labuan: RM 5.00


17. Ikan kembung
Semenanjung: RM 9.00 hingga RM 11.00 sekilo
Sarawak: RM 8.00 hingga RM 9.00 sekilo
Sabah: RM 5.00 hingga RM 7.00 sekilo
Labuan: RM 8.00

- Bernama

Saturday, August 22, 2009

Membuat 3 Kolum Pada Blog

Kepada sahabat Kulaanmari, ini mungkin boleh membantu anda.

Sign in pada blogger.

# Klik menu Layout

# Klik menu Edit HTML


Cari kod seperti di bawah ini :

#header-wrapper {
width:660px;
margin:0 auto 10px;
border:1px solid $bordercolor;
}

gantikan nilai 660px dengan 950 px seperti contoh di bawah.

#header-wrapper {
width:950px;
margin:0 auto 10px;
border:1px solid $bordercolor;
}
--------------------------------------------------------------------------------------------

Cari kod seperti di bawah ini :

#outer-wrapper {
width: 660px;
margin:0 auto;
padding:10px;
text-align:left;
font: $bodyfont;
}

ganti nilai 660px menjadi 950px, sehingga kodnya menjadi seperti ini :

#outer-wrapper {
width: 950px;
margin:0 auto;
padding:10px;
text-align:$startSide;
font: $bodyfont;
}
--------------------------------------------------------------------------------------------

cari kod seperti di bawah ini :

#sidebar-wrapper {
width: 220px;
float: right;
word-wrap: break-word; /* fix for long text breaking sidebar float in IE */
overflow: hidden; /* fix for long non-text content breaking IE sidebar float */
}


Copy kod di bawah ini dan paste kan dibawah kod di atas :

#sidebarbaru-wrapper {
width: 200px;
float: left;
padding-right:10px;
word-wrap: break-word;
overflow: hidden;
}
--------------------------------------------------------------------------------------------

Cari kod seperti di bawah ini :

#footer {
width:660px;
clear:both;
margin:0 auto;
padding-top:15px;
line-height: 1.6em;
text-transform:uppercase;
letter-spacing:.1em;
text-align: center;
}

Ganti nilai 660px menjadi 950 px, sehingga kodnya akan seperti ini :

#footer {
width:950px;
clear:both;
margin:0 auto;
padding-top:15px;
line-height: 1.6em;
text-transform:uppercase;
letter-spacing:.1em;
text-align: center;
}
-------------------------------------------------------------------------------------------

Cari kod seperti di bawah ini :




Copy kod di bawah ini dan paste kan dibawah kod di atas :


Akhir sekali klik pada Save Template. Moga ia dapat membantu.Selamat berjaya.

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK


Bulan yang penuh keberkatan muncul kembali. Rebutlah peluang ini dengan sebaik-baiknya. Selamat menjalani ibadah puasa buat semua.

Sunday, August 16, 2009

Tumpah jua akhirnya......................


Kenapa gambar ini yang dipilih? Apa pula kaitannya dengan dengan 'posting' kali ini? Gambar siapakah itu? Memang amat jarang sekali saya memasukkan gambar sendiri ke dalam blog ini. Tapi itulah kenangan, dan rasanya perlu saya kongsikan bersama. Gambar itu diambil semasa Majlis Persaraan Tuan Guru Besar SK Seri Mawar, Tuan Haji Kamaruddin bin Haji Abdullah,PPT. Guru Besar yang cukup 'sporting' dan pada saya beliau adalah guru besar yang terbaik pernah saya temui sepanjang tempoh perkhidmatan saya sebagai seorang guru. Apakah yang istimewa tentang gambar itu? Setakat berpeluk begitu pastinya ramai orang telah melakukannya. Memang ada yang istimewa. Sebagai seorang lelaki, saya memang amat jarang untuk menumpahkan air mata. Bukannya ego, tapi biasanya saya dapat mengawal perasan dengan baik. Seingat saya dalam tempoh 12 tahun kebelakangan ini ,hanya dua kali air mata ini tertumpah. Pertamanya ketika isteri tersayang dibawa dengan ambulan semasa hendak melahirkan putera sulung kami. Keduanya ketika ayahanda yang saya sayangi kembali ke rahmatullah. Kelmarin, 14 Ogos 2009 sekali lagi air mata ini tertumpah. Telah cuba saya tahan sedaya upaya namun ... ahhh.... saya gagal mengawal emosi. Entah mengapa air mata lelaki ini tumpah jua akhirnya. Apakah saya sudah tidak setabah dulu?


Friday, July 31, 2009

Otak Kanan dan Otak Kiri

Otak manusia terdiri daripada 2 hemisfera (bahagian) iaitu otak kanan dan otak kiri.
Otak kanan berfungsi dalam bidang yang dikaitkan dengan perkembangan hal-hal yang bersifat artistik, kreativiti, perasaan, emosi, gaya bahasa, irama musik, imaginasi, fantasi, warna, pengenalan diri dan orang lain, hubungan sosial dan pengembangan keperibadian. Daya ingatan otak kanan bersifat panjang (long term memory).Cara kerja otak kanan ini biasanya tidak terstruktur, dan cenderung tidak memikirkan hal-hal yang terlalu khusus iaitu bertentangan dengan otak kiri. Contoh orang yang mengunakan otak kanan dibandingkan otak kirinya adalah seorang seniman, pelukis dan sebagainya.

Otak kiri berfungsi dalam bidang yang dikaitkan dengan akademik yang terdiri dari kemampunan bercakap, kemampuan berbahasa, membaca tulisan, logik, angka, analisis, dan lain-lainnya. Daya ingatan otak kiri bersifat pendek (short term memory). Biasanya ia diidentitikan dengan kecerdasan analitik atau intelek. Individu yang biasanya lebih menggunakan otak kiri adalah seorang penganalisis, pengkaji, ahli matematik atau saintis.

Walaupun keduanya mempunyai fungsi yang berbeza, tetapi setiap individu mempunyai kecenderungan untuk mengunakan salah satu belahan yang dominan dalam menyelesaikan masalah hidup dan pekerjaan. Setiap belahan otak saling mendominasi dalam aktiviti harian. Namun kedua-dua hemisfera otak ini terlibat dalam hampir semua proses pemikiran.


Tuesday, July 28, 2009

Penyakit biasa di Malaysia menjelang Ramadhan

Macam biasa bila nak masuk bulan Ramadhan penyakit lama kat Malaysia ni muncul lagi. Bukannya selesema babi . Bukan juga gastrik. Nak tahu apa dia penyakitnya ? Penyakit perit mencari gula . Gula pasir dah hilang dari pasaran. Baru minggu lepas saya tengok banyak stok gula di pasaraya, tapi hari ni semuanya dah tak ada lagi. Di kedai runcit pun situasinya sama. Nak dapat 2 kilo pun susah. Macam zaman jepun. Begitu juga dengan tepung. Barangkali gula dan tepung ni ada kaki kot. Time nak puasa jer... si gula dan si tepung ni pakat-pakat main sorok-sorok huhuhu..... Tak mustahil minyak masak juga akan mengikut sama main sorok-sorok dengan si gula dan si tepung. Apa nak buat, inilah keadaannya di Malaysia negara ku yang tercinta. September ni petrol naik 20 sen. Kalau minyak dah naik......... sendiri mau ingat la..... Kita tunggu sajalah kenaikan harga gula ni. Malam ni umum naik 10 sen, besok pagi berlonggok la gula kat pasaran. Nak beli selori pun boleh. Sehingga tarikh kenaikkan gula dan barangan keperluan lain tu kita sama-samalah merasai peritnya mencari barang yang bernama gula . Senang cerita, dengan bahasa yang paling mudah , harga barang naik lagi huhuhu........


Monday, July 13, 2009

Durian oh Durian

Oleh kerana sekarang musim durian, saya pun nak berkongsi sikit pasal kisah durian. Kisahnya petang Ahad yang lalu, tekak ni teringin sangat nak makan durian. Jadinya, pergilah ke Sungai Besar untuk membeli durian. Dalam hati dah niat nak beli durian kahwin. Alaaah.... yang ada 'D' kat depan dia tulah. Yang kampung punya tak mainlah huhuhu... Hendak dibuat cerita tak ada pulak durian kahwin masa tu. Yang ada durian kampung dan durian Chini. Pernah dengar durian Chini? Buahnya besar, durinya juga besar. Kalau tengok sekali memang tak 'stim' kata penjual tu lah.

Inilah rupa durian Chini, bentuk seakan-akan durian siam.


Isinya tebal tapi tak sesedap durian yang ada 'D' kat depan.

Bila tanya harganya terkejut beruk dibuatnya. RM 12.00 sekilo, sekupang takleh kurang huhuhu.. Bukan boleh tahan lagi. Ini dah tak boleh tahan namanya. Oleh kerana tekak ni mengada jugak try la timbang sebijik. Perghhh...... 5 kilo sebijik. Mak aii .. rm 60 henggit untuk sebiji durian. Oleh kerana nak tunjuk 'macho' beli jugaklah sebiji huhuhu... So hari tu tercatatlah sejarah. Pertama, membeli durian paling mahal dalam hidup. Keduanya, membeli hanya sebiji durian sahaja huhu... balik rumah saya pun ambil gambar durian nih. Kenangan la katakan. Mahal ya robbi, kenalah ambik gambar. Isinya memang tebal. Gigit sekali tak kena bijinya. Aromanya kuat tapi manisnya kurang. Senang cerita, sedap lagi durian kampung yang dijual longgok-longgok tuh. Bila fikir-fikir balik ... nyesal pulak rasanya beli sebiji durian dengan harga rm 60 henggit huhuhuhu.....


Sunday, July 5, 2009

Tidur dalam khemah?

Tidur dalam khemah ? Mengapa nak tidur dalam khemah pula? Huhu...saya sebenarnya dah lama tak tidur dalam khemah. Kalau tak silap dah lebih 10 tahun. Biasanya camping kat kawasan sekolah jer. Time tidur , cabut balik rumah huhu..... La ni saya kena bawak budak pengakap camping kat luar pulak.
Dulu.. saya mmg suka aktiviti luar ni. Masuk hutan, naik banjaran, panjat air terjun. Tapi sekarang......emmmm......entahlah. Kalau nak cerita kisah dulu banyak jugak hutan yang saya masuk. Hutan Sungai Lembing, Bukit Berantai di Banjaran Titiwangsa, Hutan Lipur Sungai Congkak, Sungai Pisang di Gombak, Kem Komanwel , Kem Mahkota di Maran, hutan Semambu tak usah ceritalah, malah pernah juga menyertai perkhemahan di Bintangor, Sarawak suatu masa dulu. Tapi itu dulu. Sekarang ni rasa macam terseksa pulak. Bila kena bawa pelajar berkhemah kat luar saya rasa tekak jadi payau , badan pulak secara automatik mula rasa sakit-sakit . Bukan jauh dari rumah pun. Dekat jer , tapi entahlah. Apapun demi tanggungjawab saya gagahkan juga....ewaah.


Akhirnya..??? Saya cuba tidur dalam khemah juga. Panas..., rimas., berkuap walaupun pintu khemah dua-dua mmg tak tutup... huhuhu.. macam-macam ada. Bising ? tak usah ceritalah... dah pukul 2 pagi bebudak sembang lagi. Seronok betul bebudak ni bila sesekali bercamping nih. Sound bebudak, kejap jer mereka senyap, pastu buat balik. Lantaklah. Golek sana, golek sini mata tak mau lelap.Teringat tilam, aircond, selimut, bantal peluk...aaarghhh...... Ada jua niat di hati nak cabut balik rumah,tapi tak sampai hati pulak nak tinggalkan budak-budak. Pukul 3 pagi baru senyap . Keluar masuk khemah cam org biol plak jadinya malam tu. Jengok bebudak errmmm.. tidur stail udang . Lena mereka tidur.

Keputusannya...secara total , saya gagal tidur dalam khemah malam tu. Hingga ke subuh mata ini gagal dilelapkan. Maknanya, hari tu saya berjaga 24 jam. Saya kena balik rumah. Saya dah tak tahannnnn....... huhuhu.................



Bersama Cikgu Anaiz © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute