Assalamualaikum....kabare ......

SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG CIKGU ANAIZ

Tuesday, March 29, 2011

Membuka Fail Office 2007 dengan Menggunakan Office 2003

Dah lama jugak saya tidak menjenguk blog ini dan membuat posting baru....sibuk....? ekekeke..... Cuma nak berkongsi sesuatu. Cara untuk membuka fail office 2007 menggunakan office 2003. Contohnya fail microsofot word 2007 yang berformat docx. Sekiranya kita menggunakan microsoft word 2003, kita tidak akan dapat membuka fail tersebut. Tentu bermasalah bukan. Versi 2003 tidak berupaya untuk membuka versi 2007. Ramai juga kawan-kawan yang bertanya. Perlukah kita menukar office 2003 kepada 2007? Tentunya perlu RM yang banyak...Tahukah anda , perisian Microsoft Office 2007 (Full Version) yang asli, dijual dengan RM 1,599. Lainlah kalau cap mata sebelah....hehehehe....

Sebenarnya ada penyelesaian mudah. Tanpa mengeluarkan wang, kita masih boleh untuk mengatasi masalah tersebut. Caranya menggunakan File Format Converter.

Apa yang anda perlu lakukan hanyalah dengan mendownload perisian File Format Converter bagi tujuan tersebut melalui laman web Microsoft.com menggunakan pautan berikut:

Download Microsoft Compatibility Pack daripada Microsoft.com


Setelah anda download perisian itu, install lah seperti biasa mengikut arahan yang diberikan. Sekarang anda boleh membuka sebarang fail microsoft office 2007 menggunakan microsoft office 2003.

SELAMAT MENCUBA....

0 comments:

Bersama Cikgu Anaiz © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute