Assalamualaikum....kabare ......

SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG CIKGU ANAIZ

Friday, December 3, 2010

still remember..........

Ada kenangan di sini.....pastinya manis bersama si dia..........


Tak banyak berubah tebing sungai ini.....mungkin laici kang nya juga masih sedap seperti dulu.... cuma tak sempat untuk menikmatinya..........

Thursday, December 2, 2010

Colmar Tropical De La France


Colmar vacances sous les tropiques de la France. la superficie des forêts anciennes est transformé en attractions touristiques sont très intéressants. Bien que la température n'a pas aimé l'atmosphère en Europe a été très intéressante. Je partage quelques coups de feu alors que là-bas.

Prix d'entrée:
1. Adulte 12:00 ringgit en Malaisie.
2. Enfants 8:00 ringgit en Malaisie.

Moins de 4 ans sous pavillon de complaisance.

Korang faham ker.......? he....he...he....






Bercuti di colmar tropical de france. Kawasan yang dahulunya hutan , kini bertukar menjadi tempat tarikan pelancongan yang sangat menarik. Biarpun suhunya tidak seperti di Eropah ternyata suasananya amat memikat. Aku kongsikan beberapa bidikan semasa di sana.


Bayaran masuk :
1. Dewasa 12.00 ringgit Malaysia
2. Kanak-kanak 8.00 ringgit Malaysia
Bawah 4 Tahun FOC

Wednesday, November 17, 2010

Majlis Korban Aidil Adha

Aku kongsikan bersama beberapa bidikan sempena majlis korban di Masjid Al-Maarufiah, Kampung Parit Baru, Sabak Bernam, Selangor. 9 ekor lembu menjadi korban.

Kepada sanak saudara, sahabat handai, kaum musilimin dan muslimat....Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha.....

Sunday, November 14, 2010

Ngetest............. Kamera DSLR

Hari ni aku ngetest kamera dslr yang baru dapat....sasaran bidikan hanya dikeliling rumah......maklumlah aku ni macam anak dara pingitan.......wakakaka............inilah hasilnya.......


betik burung @ gandol manok


mawar @ ros


pegaga @ gagan


rumput nyonya


keembong


orkid


10.00 pagi aku ke Pekan Sabak.......cari ayam kampung.....ketika di Pekan Sabak ,aku juga sempat membidik......

wajah pekan sabak


pengkalan sabak


kampung seberang kota


panorama di jeti pengkalan sabak


gelandangan



Balik dari Sabak aku singgah ke majlis kenduri kahwin di Jalan Masjid , Parit Baru.......di situ sempat juga membidik.....hohoho....

menjamu selera



kumpulan kompang, parit baru baruh..


yang ini aku no komen.............steady pamane.......


Aku tak pernah berkursus fotografi....sekadar suka2 ........so..... hasilnya mungkin hampehh....maklumlah orang tua baru belajar............adiosssss.........



Saturday, October 30, 2010

Jom Linux

Dah bosan dengan Windows....jom kita tukar dengan Linux....percuma dan bebas virus......




Download Ubuntu 10.10


Bookmark and Share

Thursday, September 9, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI


Waktu mengalir bagaikan air,

Ramadhan suci akan berakhir,

Untuk salah yg pernah ada,

Untuk dusta yg sempat terucap,

Pintu maaf selalu kuharap...


SELAMAT HARI RAYA...MAAF ZAHIR BATIN...

Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan Al-Mubarak 1431 Hijrah


Hari ini 1 Ramadhan 1431 Hijrah bersamaan 11 Ogos 2010. Alhamdulillah kita diberi peluang sekali lagi untuk menyambut Ramadhan yang penuh dengan keberkatan ini.............. Marhaban Ahlan Wa Sahlan Ya Shahra Ramadan.........


Pengertian Puasa

Puasa (bahasa Arab: صوم) secara bahasanya boleh diertikan sebagai menahan diri. Daripada segi istilah syara' bermaksud menahan diri daripada makan atau minum dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur sesama sendiri. Secara tidak langsung amalan puasa akan menyuburkan sikap murni di dalam diri pelakunya. Adalah menjadi harapan kita agar kesemua nilai yang baik ini akan terus dipraktikkan ke bulan-bulan berikutnya.


Dalil Wajib puasa

Umat Islam yang mempunyai cukup syarat diwajibkan berpuasa di bulan Ramadhan bersandarkan dalil seperti berikut:

Al-Quran:

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa keatas kamu sebagaimana diwajibkan ke atas orang yang terdahulu daripada kamu, mudah-mudahan kamu bertakwa.

Hadis:

Maksudnya: Daripada Ibnu Umar dari Nabi Muhammad S.A.W bersabda; Islam itu dibina atas lima perkara, bersaksi tiada tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allahh, mendirikan sembahyang, membayar zakat, menunaikan haji dan puasa pada bulan Ramadhan.

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sehubungan dengan adanya dalil daripada Al-Quran dan hadis yang jelas tentang wajibnya puasa, maka orang yang mengingkari kewajipan berpusa adalah dihukum sebagai murtad (keluar daripada Islam).


Buat isteri dan anak-anak ku tersayang........SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL- MUBARAK...Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita.



Bookmark and Share



Friday, July 23, 2010

Pujian Yang Membinasakan

Renungan buat diriku....

Imam al-Ghazali dalam kitabnya, 'Kitabul Arba'in fi Ushuliddiin' mengatakan bahwa pujian itu mengandung enam bencana. Empat bencana bagi pemuji dan dua untuk yang dipuji:
1. Seringkali pujian tersebut dilakukan secara berlebih-lebihan, bahkan akhirnya menjurus pada dusta, karena tidak sesuai dengan kenyataan.

2. Berpura-pura menyenangi orang yang dipuji, padahal sebenarnya tidaklah demikian. Hal ini jelas menjurus pada sifat munafik dan riak.

3. Seringkali mengatakan sesuatu secara tidak objektif dan omong kosong. Contohnya, mengatakan dia itu orang yang adil, dan dia itu warak, sedangkan kenyataannya adalah sebaliknya.

4. Menjadikan pihak yang dipuji itu merasa bangga dan besar kepala. Walhal mungkin , orang yang dipuji itu adalah orang yang zalim dan fasik. Rasulullah Saw telah bersabda, "Sesungguhnya Allah sangat murka bila ada orang fasik dipuji-puji." (al-Hadits).

5. Kemungkinan orang yang menerima pujian akan menjadi takbur dan ta'ajjub yang keduanya sangat membinasakan.

6. Menjadikan penerima pujian akan bangga dan lupa akan amalnya serta merasa dirinya sudah cukup sempurna.

Berhati-hatilah dalam menerima dan memberi pujian. Jangan karam dengan pesona yang melalaikan.

Tuesday, July 20, 2010

Sajak Subsidi ....Dr. MAZA


Klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas.

Thursday, July 15, 2010

Naik Jangan Tak Naik........



Harga petrol, diesel, gula dan gas LPG naik berkuatkuasa mulai tengah malam ini (16 Julai 2010).

Petrol RON 95 dan diesel naik 5 sen. RON97 tidak lagi diberikan subsidi. Ia tertakluk kepada apungan secara terkawal, dengan harga ditentukan oleh mekanisme harga automatik, berikutan penyelarasan harga subsidi yang diumumkan kerajaan hari ini.

Manakala harga gula pula naik 25 sen kepada RM1.90, dengan gas LPG naik sebanyak 10 sen sekilogram

Kenaikan harga barangan berkenaan diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu pengumuman malam ini.

Berikut adalah harga baru:

  • Petrol RON 95 - RM1.85 seliter.
  • Petrol RON 97 - RM2.10 seliter.
  • Diesel - RM1.75 seliter.
  • Gula - RM1.90 sekilogram
  • Gas LPG - RM1.85 sekilogram

Berikut adalah harga baru gas:

  • Tong 14KG - dari RM24.50 kepada RM25.90 (naik RM1.40)
  • Tong 12KG - dari RM21.00 kepada RM22.20 (naik RM1.20)
  • Tong 10KG - dari RM17.50 kepada RM18.50 (naik RM1.00)

Monday, July 12, 2010

Sombongkah Anda...?


Sifat sombong atau ego ini hampir semua orang memilikinya , cuma sesiapa yang kuat mujahadah dan takutkan Allah sahaja berjaya mengikis sifat keji ini. Antara ciri-ciri seseorang itu ada penyakit sombong ialah:

1. Suka memperkecilkan orang lain lebih-lebih lagi orang yang dipandang hina dan lebih rendah taraf darinya.
2. Susah menerima sebarang nasihat, teguran atau kritikan daripada orang lain.
3. Bermegah dengan keistimewaan anugerah Allah kepadanya, seperti cantik, berjawatan tinggi, kaya, bijak, mahsyur, dipuji orang, keturunan baik dan sebagainya.
4. Suka marah-marah kepada orang atau membentak-bentak orang di khalayak ramai.
5. Rasa diri hebat, sempurna, kuat hingga membelakangkan kehebatan dan kebesaran Allah sama sekali.
6. Suka bergaul dengan orang yang setaraf dengannya sahaja.
7. Pendapatnya sahaja yang betul dan mesti diterima, orang lain salah dan tidak penting.
8. Susah minta maaf dan senyum pada orang lain.
9. Tidak pernah fikir kesusahan orang , ia fikir kesenangannya sahaja.
10.Suka menunjuk-nunjuk dan bermegah-megah dengan apa yang dimiliki dan berharapkan puji-pujian terhadap apa yang dilakukannya.


Al Imam Adz Dzahabi rahimahullah berkata, “Kesombongan yang paling buruk adalah orang yang menyombongkan diri di hadapan manusia dengan ilmunya, merasa dirinya besar dengan kemuliaan yang dia miliki. Bagi orang tersebut tidak bermanfaat ilmunya untuk dirinya. Barangsiapa yang menuntut ilmu demi akhirat maka ilmunya itu akan menimbulkan hati yang khusyuk serta jiwa yang tenang. Barangsiapa yang menuntut ilmu untuk membanggakan diri dan meraih kedudukan, memandang remeh kaum muslimin yang lainnya serta memperbodoh-bodahkan dan merendahkan mereka, maka hal ini merupakan kesombongan yang paling besar. Tidak akan masuk syurga orang yang di dalam hatinya terdapat kesombongan walaupun hanya sebesar zarah (biji sawi).

Oleh itu hindarilah sikap sombong, angkuh dan suka menunjuk-nunjuk kerana ia bukan sahaja dibenci oleh sesama manusia bahkan ia dilaknat oleh Allah SWT.

Saturday, June 19, 2010

AP oh AP....

POKOK SENA: Sepasang suami isteri terkejut selepas buah mempelam seberat tiga kilogram yang dibeli di Pekan Siam, Thailand, dirampas kakitangan Jabatan Pertanian di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (KIK) Padang Besar, berikutan tidak mempunyai permit import (AP). Yahaya Wahab, 67, dari Taman Bandar Baru, di sini, tidak menyangka buah mempelam yang dibeli pada harga RM10 Rabu lalu untuk keluarga perlu mendapatkan sijil AP.

Katanya, beliau dan isteri, Ramlah Hassan, 60, terkejut kerana tidak pernah dikenakan tindakan seumpama itu sebelum ini.

“Ketika hendak melalui pemeriksaan di KIK, pegawai kastam melakukan pemeriksaan rutin dan pada masa sama seorang kakitangan Jabatan Pertanian datang ke arah kereta saya.

“Beliau bertanya adakah saya ada membeli barangan di negara jiran dan memaklumkan membeli mempelam seberat tiga kilogram,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

Yahya berkata, kakitangan Jabatan Pertanian itu kemudian meminta beliau mengemukakan sijil AP sebelum membenarkan membawa masuk mempelam berkenaan.
“Saya sangat terkejut kerana dimaklumkan bahawa barangan dibeli dari Thailand walaupun dalam kuantiti kecil perlu mengemukakan sijil AP.

“Selama ini saya tidak berdepan masalah membeli mempelam di Thailand. Malah, tiada siapa memberitahu larangan membawa barangan tertentu termasuk buah-buahan ke negara ini,” katanya.

Yahaya berkata, kakitangan Jabatan Pertanian itu merampas buah berkenaan dan mengeluarkan Notis Perkhidmatan Kuarantin Tumbuhan (Pemeriksaan Pesalinan Pertanian Yang Diimport) atas kesalahan tiada sijil AP.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Perlis, Sabry Ahmad, berkata orang ramai perlu mendapatkan sijil AP sebelum membawa masuk buah-buahan dan sayur-sayuran dari negara jiran ke negeri ini.

“Peraturan itu sudah dikuatkuasakan sejak 2005 kerana kita mahu mengawal penyakit serangan serangga perosak tumbuhan yang belum ditemui di Malaysia.

“Justeru, orang ramai tidak boleh membawa masuk tiga jenis buah-buahan iaitu mempelam, durian dan jambu air termasuk 12 jenis sayur-sayuran kecuali memohon AP dan sijil fitosanitasi yang dikeluarkan pihak pengeksport,” katanya.

"Peraturan itu sudah termaktub dalam Peraturan Perjanjian Negara-Negara Asean Pengeksport atau Pengeluar bagi mengelakkan penyakit tertentu," katanya.



Ha..ha...ha....ha...ha....ha.....

Saturday, June 5, 2010

Subjek sastera wajib dalam BM, BI tahun depan


2010/06/05
KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran bakal mewajibkan subjek sastera dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris di semua peringkat sekolah mulai tahun depan bagi menggalakkan minat membaca di kalangan pelajar.

Timbalan Menterinya, Datuk Dr Wee Ka Siong, berkata penerapan subjek sastera dalam dua mata pelajaran itu berbeza dengan buku teks yang ada sekarang.

“Kandungan buku teks baru itu kelak tidak sama seperti sekarang kerana kita akan tambah subjek sastera dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Jika selama ini, sastera hanya untuk beberapa peringkat sekolah saja, tetapi mulai tahun depan, kita akan wajibkan kepada semua peringkat termasuk di sekolah rendah.

“Subjek ini akan menyebabkan mereka lebih minat membaca, sekali gus meningkatkan kemahiran dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan pameran buku Read Malaysia 2010, di sini semalam.

Turut hadir, Pengarah Urusan Country Heights Holding, Mark Rozario dan duta Read Malaysia 2010, Aznil Nawawi.

Pameran buku berteraskan 1Malaysia ini menghimpunkan buku pelbagai bahasa dijual dalam pameran yang berlangsung dari 4 Jun hingga 13 Jun ini.

Sementara itu, Wee berkata, purata membaca dua buku untuk setiap rakyat Malaysia masih tidak mencukupi dan pelajar disaran untuk terus membaca kerana ilmu sering bertukar.
“Pelajar perlu terus membaca kerana ilmu semakin bertambah, selain ada ilmu yang sudah tidak boleh digunakan lagi. Jadi, Kementerian Pelajaran akan terus memupuk budaya membaca di kalangan pelajar menerusi projek Nilam di setiap sekolah.

“Memang tidak dinafikan rakyat kita membaca tetapi hanya majalah dan surat khabar, malah tidak diketahui sama ada bahan bacaan lain yang dibaca itu sesuai untuk mereka.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SubjeksasterawajibdalamBM_BItahundepan/Article/index_html

Ekor Saman.......


PUTRAJAYA: Pemilik kenderaan yang didapati tidak menghiraukan arahan notis polis POL 170A atau lebih dikenali sebagai ‘saman ekor’ turut disenarai hitam sama seperti mereka yang tidak membayar kompaun kesalahan lalu lintas biasa, POL 257, yang ditandatangani ketika disaman, berkuat kuasa April lalu.
Kenderaan yang disenaraihitamkan itu juga menghadapi masalah untuk memperbaharui cukai jalan atau urusan lain dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
Ketua Trafik Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof, berkata polis mula menguatkuasakan sepenuhnya peraturan itu sejak April lalu selepas ia berlembut dalam isu ‘saman ekor’ sebelum ini.

Abdul Aziz berkata, peruntukan untuk menyenarai hitam kenderaan yang terbabit dengan pengeluaran saman ekor termaktub mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 sama seperti yang dilakukan terhadap mereka yang menerima saman biasa yang ditandatangani ketika dikeluarkan.

POL 170A yang juga dikenali sebagai saman ekor adalah notis yang dihantar polis kepada pemilik kenderaan yang dikesan melakukan kesalahan lalu lintas, mengarahkan pemilik kenderaan terbabit memberikan maklumat pemandu yang memandu kenderaan itu ketika kesalahan dilakukan.

Bagaimanapun, ramai pemandu mengingkari notis berkenaan menyebabkan tindakan senarai hitam terpaksa dilakukan.

Abdul Aziz berkata, tindakan itu dilakukan untuk mendisiplinkan pemandu di negara ini.
“Tidak ada sebab untuk sesiapa pun terkejut dengan tindakan undang-undang seperti itu kerana pematuhan kepada undang-undang adalah tanggungjawab semua,” katanya kepada Berita Harian, semalam.

Beliau berkata, berikutan penguatkuasaan sepenuhnya peraturan itu, mereka yang mempunyai saman atau saman ekor tertunggak perlu melunaskan kompaun untuk mengelakkan disenarai hitam dan menghadapi masalah untuk membayar cukai jalan atau lesen memandu pada masa depan.

Sementara itu, pegawai kanan JPJ berkata, polis mungkin terpaksa mengambil tindakan itu kerana ramai pemandu yang tidak mengendahkan notis yang diterima.

“Notis berkenaan memerlukan kerjasama pemandu supaya memberikan maklumat berkaitan pemandu kenderaannya ketika kesalahan dilakukan, jadi ia perlu dipandang serius,” katanya.


http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Kenderaaningkarsamanekordisenaraihitam/Article

Thursday, June 3, 2010

BOIKOT PRODUK INI..


Thursday, May 27, 2010

Sesak nafas............

Cadangan pengurangan subsidi

Kerajaan juga dijangka akan menaikkan harga petrol, gas dan tol lebuhraya di bawah rancangan pengurangan subsidi selama lima tahun yang dibuat oleh Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU), sebuah badan yang menasihatkan kerajan mengenai cara-cara mengurangkan subsidi.


Bagaimanapun belum ada keputusan yang dibuat dan kerajaan dijangka tidak akan bertindak dalam jangkamasa terdekat ini.


Pengurangan dan pemotongan subsidi itu juga membabitkan 12 perkara:

Petrol

Harga petrol dinaikan 15 sen pada Jun-Dis 2010, diikuti kenaikan 10 sen setiap enam bulan antara Jan 2011-Dis 2012 dan jumlah kenaikkan yang kecil bagi tahun-tahun berikutnya.

Harga petrol pada


2011 - RM2.16
2012 - RM2.20
2013 - RM2.34
2014 - RM2.52
2015 - RM2.60

Tol

Perbincangan semula dengan lebihraya pada 2010 dan dengan LDP pada 2013.

Cadangan - semua perjanjian konsesi akan diteruskan tanpa pemberian subsidi, yang bakal menyebabkan kenaikkan harga antara 10-67 peratus pada 2010.


Gas

Harga gas dinaikkan pada kadar tetap RM3/MMBTU bagi setiap enam bulan daripada harga sekarang bagi sektor tenaga dan sektor bukan tenaga.


Kenaikkan harga gas pada RM3/MMBTU setiap enam bulan serentak dengan kenaikkan tarif elektrik 1.6 sen/kWh bagi setiap enam bulan.




- Reuters

http://www.malaysiakini.com/news/132864

Tuesday, May 18, 2010

Selamat hari Guru


Semalam, pagi-pagi lagi, ketika mahu memasuki pejabat kedengaran suara memanggilku. "cikgu,cikgu….." lalu dihulurkan jambangan bunga kecil kepadaku…" apa ni ..?"…tanyaku…. sengaja aku bertanya….. "hadiah hari guru…" balas pelajar itu…….dia tersengih….aku balas dengan senyuman. Lalu ku tepuk bahunya…."terima kasih"…..dia tersengih kembali…..dia berpaling dan budak tahun 2 itu berlari dengan gembira……..di dalam hati aku turut gembira……..gembira bukan kerana hadiah yang kuterima, tapi kerana menerima ucapan selamat hari guru daripada pelajar di awal pagi 17 Mei 2010….rasanya akulah orang pertama di sekolah ini yang menerima ucapan selamat hari guru daripada pelajar hari itu…..hak2….

SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA INSAN YANG BERGELAR GURU..

Saturday, May 15, 2010

Berhati-hati dengan Facebook

Ramai yang suka menggunakan laman web sosial seperti MySpace, Frienster, Tagged dan juga Facebook untuk mencari kawan dan juga member lama di ruangan maya. Ada yang menjadikan laman web sosial sebegini sebagai satu tempat untuk mereka berkarya, tidak kurang juga yang menjadikannya sebagai satu tempat dalam memperjuangkan wadah dan pemikiran masing-masing.

Yang penting, ianya PERCUMA dan itulah yang aku ingin kongsikan. Lamab web sosial sekarang tidak ubah seperti blog. Dengan menggunakan umpan yang paling senang iaitu PERCUMA, berduyun-duyun pengguna Internet akan berusaha untuk mendapat satu account bagi diri masing-masing. Apatah lagi kalau username mereka masih belum diguna pakai oleh orang lain. Betulkan? Jadi sebagai pembuka kata, hari ini kita akan berkongsi sedikit info mengenai laman web sosial yang sedang meletup iaitu FACEBOOK.

Sebenarnya, ada sebahagian “dark side” yang tidak diketahui oleh berjuta pengguna internet di dunia ini mengenai Facebook. Ini adalah satu konspirasi teori yang telahpun menjadi fakta benar dan apa yang boleh kita lakukan sekarang adalah “lihat” dan “terus melihat”. Jika ada di antara kita yang telah meletakkan butir-butir peribadi sebenar di dalam Facebook, maknanya tiada apa lagi yang kita boleh lakukan. Sedarkah kita siapa sebenarnya di belakang Facebook? Sedarkah kita bahawa semua data-data yang kita berikan itu telahpun disimpan oleh pihak CIA? Mereka boleh mengakses semua mengenai kita dan dengan mudah mendapat semua butir-butir diri tanpa perlu bertanya kepada kita, bos kita, kawan-kawan kita, pihak universiti kita, keluarga kita dan banyak lagi sumber at anytime they want! Dan yang lebih menyedihkan lagi, ramai dari kita terutamanya rakyat Malaysia sudahpun memberikan 100% info dan butir-butir diri mereka dengan TEPAT. Apabila ditanya, mereka dengan mudah menjawab, “nanti kalau member lama atau member sekolah ingin mencari kita, senang sikit!” Malang sekali bukan itu yang berlaku.

Dalam pada keghairahan yang kita sendiri wujudkan terhadap Facebook, kita sedikitpun tidak membaca dasar ataupun polisi yang Facebook letak di dalam laman web mereka. Yang kita tahu hanyalah PERCUMA dan sikap ramah dan jujur kita itulah yang boleh memakan diri kita sendiri sebenarnya. Mari kita lihat apakah yang Facebook nyatakan mengenai butir-butir peribadi yang kita sendiri masukkan dalam account Facebook kita. Cuba bayangkan! Facebook yang telah menjadi kegilaan pengguna internet adalah tempat yang paling mudah untuk CIA mendapatkan data peribadi mereka dengan PERCUMA.

Bagi pengguna kebanyakan (mereka yang bukan extreme), mungkin ia tidak akan membawa keuntungan kepada pihak CIA tetapi bagi mereka yang mempunyai “title” sebagai “professional” seperti seorang doktor, peguam, PROFESSOR, scientist dan yang seumpamanya… inilah MANGSA CIA yang sebenarnya. Mengapa? Kerana sama ada kita percaya atau tidak, ramai golongan professional yang meletakkan segala butir-butir mengenai diri mereka dengan lengkap bagai nak rak dengan alasan mereka mempunyai kawan di seluruh dunia dan masing-masing tidak mahu “kalah” dalam menceritakan semua kejayaan dan kegiatan yang telah mereka kecapi. Bukankah itu semua adalah PRIVACY diri sendiri? Pernahkah kita/mereka fikirkan mengenai RISIKO yang mereka letakkan ke atas diri mereka sendiri? – Habis semua data mengenai aktiviti dimasukkan. – Habis semua data mengenai achievement diri dimasukkan. – Address, hometown, phone number, clubs, jobs, rekod pendidikan, interests, daily schedule, habis diberikan begitu sahaja. Itu semua akan disimpan oleh pihak CIA sebagai data yang boleh dijadikan statistik untuk kegunaan mereka pada masa hadapan.

Malah, maklumat mengenai keluarga juga dimasukkan dengan selamba. Kita marah bila orang mengambil tahu hal kita. Kita marah bila orang mencungkil privacy kita. Tapi kita tidak sedar yang kita telah “berikan” semuanya di dalam Facebook kita! Ikut percakapan kasar orang di warung kopi, bunyinya memang menarik. Ini dialognya: Esok kalau katakan mereka hendak menyerang Malaysia, mereka sudahpun tahu dimanakah golongan bijak pandai di Malaysia ini berada/tinggal. Sebelum dia serang, mereka akan bunuh dahulu golongan bijak pandai ini…. tiada apa yang tinggal. Bukankah semua info yang mereka perlukan sudahpun ada dalam tangan mereka? Facebook best! Face book nombor 1 sekarang !!! Memang betul. Itu memang satu fakta. Tiada siapapun boleh menafikannya. Dan ini juga adalah satu fakta: Facebook telah di tampung sebanyak USD500,000 oleh bekas CEO Paypal, Peter Thiel. Jadi tiada masalah untuk mempromosikannya. Tidak cukup dengan itu, sebanyak USD12.7 juta telah dilaburkan ke dalam Facebook oleh James Breyer dari Accel Partners. Mereka semuanya ada agenda yang mereka sendiri faham.

Satu lagi, pihak CIA sendiri menggunakan Facebook group to untuk merekrut staffnya bagi program kesayangan mereka iaitu National Clandestine Service. Malah, Dr Anita Jones juga telah menjadi sebahagian dari Dark Side ini. Dr Anita Jones adalah Defence Research and Engineering Director untuk US Department of Defence. Bagi aku, bersosial di laman web seperti Facebook ini tidaklah salah. Malah bagus kerana silap haribulan, boleh buat duit lagi. Tapi berhati-hatilah dengan semua privasi diri sendiri. Jangan sesekali memberikan maklumat penting. Palsukan semua maklumat yang dirasakan tinggi privasinya. Maklumlah.. rakyat Malaysia inikan cepat terpengaruh. Apalagi dengan benda PERCUMA sebegini. Bukan hendak mengata diri sendiri, tetapi ini telahpun terbukti. Kalau tidak percaya, pergilah di Fotopages dan lihat siapakah pengguna terbesar Fotopages kelolaan rakyat Israel tu…! Jawapannya adalah rakyat Malaysia. Tidak syak lagi…Jadi, apa yang perlu kita lakukan sekarang? Jawapannya mudah. Bagi mereka yang pernah memasukkan data privasi mereka, senyum sahajalah. Bagi mereka yang belum dan baru nak mendaftar, berhati-hati. Itu sahaja.


http://albangi.wordpress.com/2010/04/05/facebook-belakang-tabir/

Monday, May 3, 2010

Makan Malam Bekas Pelajar SUA FORM SIX 90/91


Akhirnya kami bertemu juga. -+ 3 bulan merancang , mlm 1 Mei 2010 ia menjadi realiti. Setelah 20 tahun terpisah kita bersua semula. Gembira dapat jumpa semula dengan kawan2 lama. Menu masakan di Restoran D'Hentian Bt 8 , Teluk Intan gagal menandingi selera kami untuk bersembang dan bergurau. Malam itu kenyang dengan ketawa dan usik-mengusik. Tragedi tayar kereta Ajo (panjang) yang pancit dalam perjalanan ke restoran pun begitu cepat dilupakan....hak2.... Masing-masing ternyata begitu teruja dengan pertemuan ini. Terima kasih semua. Semoga 'dinner' itu menjadi titik permulaan untuk kita terus mengeratkan ikatan silaturrahim yg telah terjalin sekian lama.

FRIENDS FOREVER

Saturday, April 10, 2010

Aku , Blog & ............

Aku tak pernah belajar membina blog secara formal. Tidak pernah menghadiri kursus atau bengkel membina blog. Aku mula berjinak2 dengan blog atas dasar suka2 je. Ketika itu blogspot belum popular lagi. Pada masa itu kebanyakan blogger menggunakan wordprees sebagai medan untuk membina blog. Para blogger mula meminati dan mula beralih ke blogspot sekitar pertengahan tahun 2007 sesudah ia diambil alih sepenuhnya oleh Google.

Ketika diminta untuk menjadi penceramah untuk Kursus Membina Portal Sekolah (menggunakan blogspot) oleh Tn Haji Ghazali (Pegawai Teknologi Pendidikan) aku jadi kaget sebentar. Dari mana beliau tahu aku membina blog. Aku jenis orang yang tidak suka untuk meng'expose'kan diri sendiri. Sebab itulah setiap blog yang aku bina dan bangunkan tidak pernah ku paparkan namaku....gambar...hehe....jauh sekali. Aku sekadar menggunakan nama pena ANAIZ. Ramai yang tertanya2 mengapakah aku menggunakan nama ANAIZ. Biarlah ku jelaskan. ANAIZ sebenarnya gabungan namaku, isteri dan 3 orang anak kesayanganku. A untuk namaku, N untuk nama isteriku, AIZ adalah gabungan nama 3 orang anak kesayanganku...Alif....Izzat...dan Zaqwan.... Dari mana beliau tahu........... ??

Walaupun begitu......aku sahut cabarannya.......Niatku cuma satu, aku ingin kongsikan ilmu yg sedikit ini kepada org lain. Sebenarnya sebelum ni pun aku sering memberi ceramah tentang membina dan mengurus blog. Aku juga pernah menyampaikan ceramah membuat dan menyunting rakaman video serta beberapa perkara lain yang berkaitan ict. Tapi itu semua ku lakukan secara dalaman sahaja. Jaguh kampung...hak2....

bersambung....

Selama 4 hari berkampung di PKG Sabak, aku sedaya upaya berkongsi apa yang aku tahu untuk menyempurnakan tugasan yang diamanahkan. Alhamdulillah, dengan kerjasama semua pihak, Kursus Membina Portal Sekolah (kumpulan 1 dan kumpulan 2) dapat disempurnakan dengan jayanya. Terima kasih kepada peserta kursus, terima kasih kepada rakan-rakan penceramah , terima kasih kepada semua Pegawai Teknologi Pendidikan seluruh Sabak Bernam dan terima kasih yang tidak terhingga kepada Tuan Haji Ghazali ( Ketua Pegawai Teknologi Pendidikan, Sabak Bernam) kerana memberi kepercayaan kepada ku untuk menjadi penceramah dalam kursus tersebut. Mohon maaf di atas segala kekurangan. Kepada rakan-rakan blogger, diucapkan selamat berblog.


TIPS KESELAMATAN - PDRM

1. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).

2. Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).

3. Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu diluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan PJ).

4. Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.

5. Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara lama…).

6. Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, kalau terjaga tengah malam, cuba “on and off” kan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa peka).

7. Tekan butang merah alarm kereta anda jika anda mengesyaki pencuri sudah masuk ke dalam rumah.

8. Sekiranya terlihat orang asing yang mencurigakan di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya mereka ini naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka, mereka akan menundukkan kepala).

9. Pesan dengan jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah anda dan mengaku saudara anda bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefon pejabat kepada jiran supaya mereka boleh memaklumkan pada anda.

10. Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu extension dalam kamar tidur anda. Ini memudahkan anda membuat panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.

11. Adakan senarai nombor telefon kecemasan 999 seperti polis, bomba , 991 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafal nombor tersebut. Ini memudahkan anda untuk membuat sebarang panggilan telefon.

12. Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.

13. Lampu porch & lampu belakang rumah sebaiknya jenis automatik ,ia akan menyala bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi makan angin.

14. Kalau perlu mengambil cuti panjang,sentiasa memberitahu jiran2 anda supaya mereka dapat membantu menyimpan surat dlm mail box. Peti surat yg penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.

15. Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda.

16. Kereta PROTON merupakan kenderaan yang paling mudah dicuri. Kalau kereta anda baru dibeli, sekurang-kurangnya anda perlu mengunci gear & stering sebelum tidur (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi ia dapat membantu melambatkan pencuri).

17. Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua sekiranya berlaku kebakaran.

18. Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.

19. Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni…). Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat.

20. Kalau menyewa di rumah baru, pastikan anda menukar padlock baru,kerana mungkin penyewa terdahulu masih mempunyai kunci pendua.

21. Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing.

Monday, March 8, 2010

Sahabat-sahabat Lama

ZURAINI BINTI BAKRI


NORITA TOMIN


SITI NAZRIAH BINTI SANIN


NASIR BIN MOHEMMED LEHAN


MAZLINA BINTI ARIF

Hari demi hari makin ramai sahabat-sahabat lama semasa sekolah rendah dan sekolah menengah yang berjaya ku temui. Kebanyakkannya melalui FB. Antaranya Nasir bin Muhammed Lehan, Zuraini binti Bakri, Siti Nazriah binti Sanin, Norita binti Tomin dan Mazlina Arif. Banyak kenangan dengan mereka sebenarnya. Aku harap korang tak marah aku masukkan gambar korang dalam blog ini.




Bersama Cikgu Anaiz © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute