Assalamualaikum....kabare ......

SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG CIKGU ANAIZ

Saturday, April 10, 2010

Aku , Blog & ............

Aku tak pernah belajar membina blog secara formal. Tidak pernah menghadiri kursus atau bengkel membina blog. Aku mula berjinak2 dengan blog atas dasar suka2 je. Ketika itu blogspot belum popular lagi. Pada masa itu kebanyakan blogger menggunakan wordprees sebagai medan untuk membina blog. Para blogger mula meminati dan mula beralih ke blogspot sekitar pertengahan tahun 2007 sesudah ia diambil alih sepenuhnya oleh Google.

Ketika diminta untuk menjadi penceramah untuk Kursus Membina Portal Sekolah (menggunakan blogspot) oleh Tn Haji Ghazali (Pegawai Teknologi Pendidikan) aku jadi kaget sebentar. Dari mana beliau tahu aku membina blog. Aku jenis orang yang tidak suka untuk meng'expose'kan diri sendiri. Sebab itulah setiap blog yang aku bina dan bangunkan tidak pernah ku paparkan namaku....gambar...hehe....jauh sekali. Aku sekadar menggunakan nama pena ANAIZ. Ramai yang tertanya2 mengapakah aku menggunakan nama ANAIZ. Biarlah ku jelaskan. ANAIZ sebenarnya gabungan namaku, isteri dan 3 orang anak kesayanganku. A untuk namaku, N untuk nama isteriku, AIZ adalah gabungan nama 3 orang anak kesayanganku...Alif....Izzat...dan Zaqwan.... Dari mana beliau tahu........... ??

Walaupun begitu......aku sahut cabarannya.......Niatku cuma satu, aku ingin kongsikan ilmu yg sedikit ini kepada org lain. Sebenarnya sebelum ni pun aku sering memberi ceramah tentang membina dan mengurus blog. Aku juga pernah menyampaikan ceramah membuat dan menyunting rakaman video serta beberapa perkara lain yang berkaitan ict. Tapi itu semua ku lakukan secara dalaman sahaja. Jaguh kampung...hak2....

bersambung....

Selama 4 hari berkampung di PKG Sabak, aku sedaya upaya berkongsi apa yang aku tahu untuk menyempurnakan tugasan yang diamanahkan. Alhamdulillah, dengan kerjasama semua pihak, Kursus Membina Portal Sekolah (kumpulan 1 dan kumpulan 2) dapat disempurnakan dengan jayanya. Terima kasih kepada peserta kursus, terima kasih kepada rakan-rakan penceramah , terima kasih kepada semua Pegawai Teknologi Pendidikan seluruh Sabak Bernam dan terima kasih yang tidak terhingga kepada Tuan Haji Ghazali ( Ketua Pegawai Teknologi Pendidikan, Sabak Bernam) kerana memberi kepercayaan kepada ku untuk menjadi penceramah dalam kursus tersebut. Mohon maaf di atas segala kekurangan. Kepada rakan-rakan blogger, diucapkan selamat berblog.


TIPS KESELAMATAN - PDRM

1. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).

2. Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).

3. Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu diluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan PJ).

4. Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.

5. Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara lama…).

6. Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, kalau terjaga tengah malam, cuba “on and off” kan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa peka).

7. Tekan butang merah alarm kereta anda jika anda mengesyaki pencuri sudah masuk ke dalam rumah.

8. Sekiranya terlihat orang asing yang mencurigakan di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya mereka ini naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka, mereka akan menundukkan kepala).

9. Pesan dengan jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah anda dan mengaku saudara anda bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefon pejabat kepada jiran supaya mereka boleh memaklumkan pada anda.

10. Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu extension dalam kamar tidur anda. Ini memudahkan anda membuat panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.

11. Adakan senarai nombor telefon kecemasan 999 seperti polis, bomba , 991 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafal nombor tersebut. Ini memudahkan anda untuk membuat sebarang panggilan telefon.

12. Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.

13. Lampu porch & lampu belakang rumah sebaiknya jenis automatik ,ia akan menyala bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi makan angin.

14. Kalau perlu mengambil cuti panjang,sentiasa memberitahu jiran2 anda supaya mereka dapat membantu menyimpan surat dlm mail box. Peti surat yg penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.

15. Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda.

16. Kereta PROTON merupakan kenderaan yang paling mudah dicuri. Kalau kereta anda baru dibeli, sekurang-kurangnya anda perlu mengunci gear & stering sebelum tidur (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi ia dapat membantu melambatkan pencuri).

17. Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua sekiranya berlaku kebakaran.

18. Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.

19. Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni…). Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat.

20. Kalau menyewa di rumah baru, pastikan anda menukar padlock baru,kerana mungkin penyewa terdahulu masih mempunyai kunci pendua.

21. Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing.

Bersama Cikgu Anaiz © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute